Raja Charles Muncul Dari 'Tardis' Doctor Who, Curi Tumpuan Pembukaan Sukan Komanwel Glasgow

24 Jul 2026 • 2:33 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Raja Charles Muncul Dari 'Tardis' Doctor Who, Curi Tumpuan Pembukaan Sukan Komanwel Glasgow

Raja Charles Muncul Dari 'Tardis' Doctor Who, Curi Tumpuan Pembukaan Sukan Komanwel Glasgow

Upacara pembukaan Sukan Komanwel Glasgow 2026 bermula dengan kejutan apabila Raja Britain, Raja Charles III dan Permaisuri Camilla membuat kemunculan istimewa dari Tardis, mesin pengembaraan masa ikonik dalam siri televisyen Doctor Who.

Kemunculan pasangan diraja itu di Ovo Hydro, Scotland disambut sorakan ribuan penonton sekali gus menjadi antara momen paling mencuri perhatian sepanjang majlis pembukaan temasya berkenaan.

Majlis berwarna-warni itu turut menampilkan perarakan atlet daripada 74 negara dan wilayah Komanwel, selain persembahan artis Scotland termasuk Tom Walker, KT Tunstall dan Nathan Evans yang meraikan sejarah, budaya serta identiti Glasgow.

Baca juga:

Glasgow menjadi tuan rumah Sukan Komanwel buat kali kedua selepas mengambil alih penganjuran daripada negeri Victoria, Australia yang menarik diri susulan peningkatan kos penganjuran.

Dalam titahnya, Raja Charles III merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan temasya berkenaan, termasuk atlet, sukarelawan serta barisan penganjur.

"Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada bandar raya Glasgow, semua atlet, penganjur, sukarelawan serta setiap individu yang telah menjayakan temasya ini," titah baginda seperti dilaporkan BBC News.

Baginda turut menegaskan bahawa antara tema utama Baton Diraja kali ini ialah meningkatkan kesedaran mengenai pencemaran plastik serta kesannya terhadap hidupan marin.

Sementara itu, Presiden Sukan Komanwel, Dr Donald Rukare, berkata temasya tersebut membuktikan sukan mempunyai keupayaan menyatukan masyarakat dunia walaupun berdepan pelbagai perbezaan.

"Selama 11 hari akan datang, 74 negara dan wilayah, ribuan atlet serta penyokong daripada pelbagai budaya dan latar belakang akan bersatu dengan satu matlamat iaitu sukan mempunyai kuasa untuk menyatukan manusia. Dalam dunia yang kadangkala berpecah-belah, perkara itu lebih penting berbanding sebelum ini," katanya.

Sukan Komanwel Glasgow 2026 berlangsung dari 24 Julai hingga 3 Ogos dengan mempertandingkan 10 jenis sukan dan menawarkan 215 pingat, termasuk rekod 47 acara sukan para.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved