Sukan Komanwel 2026 buka tirai

24 Jul 2026 • 8:16 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sukan Komanwel 2026 buka tirai

GLASGOW: Raja Charles III merasmikan pembukaan Sukan Komanwel ke-23 di Glasgow, semalam sekali gus memulakan temasya selama 10 hari yang dianjurkan dalam skala lebih kecil bagi mengawal kos penganjuran.

Seramai kira-kira 3,000 atlet dari 74 negara dan wilayah akan berentap bagi merebut 215 pingat emas menerusi 10 acara sukan utama serta enam acara para-sukan yang berlangsung di bandar raya Scotland itu.

Glasgow sebelum ini pernah menjadi tuan rumah Sukan Komanwel pada 12 tahun lalu.

Diiringi isteri baginda, Ratu Camilla, Raja Charles mencuri perhatian apabila muncul dari sebuah Tardis — mesin masa fiksyen yang diinspirasikan daripada siri televisyen sains fiksyen Britain, Doctor Who bagi memulakan upacara pembukaan dalam suasana meriah.

Raja Charles kemudian mengambil tempat di Arena Hydro yang mampu menampung 14,000 penonton di pusat bandar Glasgow.

“Ketika kita berkumpul, kita meraikan dedikasi dan bakat setiap atlet serta pasukan. Ketekunan anda menjadi inspirasi kepada kami, dan kami menantikan kejayaan yang bakal dicapai dalam beberapa hari akan datang.

“Ketika kita berkongsi kecintaan terhadap sukan dan planet kita, marilah kita membina masa depan yang harmoni dan mampan untuk keluarga kita serta sesama kita.

“Dengan penuh sukacita, saya mengisytiharkan Sukan Komanwel ke-23 dibuka secara rasmi,” titah Raja Charles ketika berucap kepada para atlet.

Majlis pembukaan kali ini mencatat sejarah sebagai yang pertama diadakan secara tertutup yang asalnya dikenali sebagai Sukan Empayar British ketika diperkenalkan pada 1930. – AFP

The post Sukan Komanwel 2026 buka tirai appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved