“Raja dengan Raja berselisih, pembesar sepatutnya jadi pendamai bukan batu api” – Akmal Saleh

LocalPolitics
21 Sep 2026 • 2:41 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Semua pembesar, termasuk pemimpin politik daripada pelbagai jalur, diseru memainkan peranan sebagai pendamai sekiranya berlaku sebarang perselisihan, bukannya bertindak mengeruhkan keadaan.

Image from: “Raja dengan Raja berselisih, pembesar sepatutnya jadi pendamai bukan batu api” – Akmal Saleh

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan sebarang pertikaian tidak berpanjangan sehingga akhirnya memberi kesan kepada rakyat.

“Raja dengan Raja berselisih. Pembesar tidak kira dari jalur politik apa sepatutnya menjadi pendamai bukan batu api yang menghangatkan perbalahan.
“Kerana akhirnya rakyat yang menanggung akibat perselisihan ini. Kepada Raja-Raja juga kita harapkan pendamaian boleh berlaku,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Menurut beliau, usaha untuk meredakan perselisihan perlu diberi keutamaan supaya keadaan tidak menjadi lebih tegang dan menjejaskan kepentingan rakyat.

Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu tidak menjelaskan secara terperinci isu yang dirujuk menerusi hantaran berkenaan.

Sumber: Facebook Akmal Saleh

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved