
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa semua pihak memainkan peranan meredakan perselisihan yang berlaku antara institusi diraja.
Beliau berkata, golongan pembesar tanpa mengira latar belakang atau jalur politik seharusnya bertindak sebagai pendamai dalam menghadapi situasi berkenaan.
Menurutnya, mereka tidak sepatutnya menjadi pihak yang menghangatkan lagi keadaan atau mencetuskan ketegangan lebih besar.
“Raja dengan Raja berselisih. Pembesar tidak kira dari jalur politik apa sepatutnya menjadi pendamai, bukan batu api yang menghangatkan perbalahan,” katanya menerusi satu kenyataan.
Baca juga:
Peniaga tau fu fah sumbang RM10,000 untuk tabung solidariti Najib Razak
Polis nafi dakwaan MPV ‘escort’ kenderaan bawa kabel curi di Ampang
Lelaki maut dipercayai diserang harimau di Sungai Siput
Muhamad Akmal berkata, sebarang perselisihan yang berpanjangan akhirnya boleh memberikan kesan kepada rakyat.
Justeru, beliau turut menaruh harapan agar pendamaian dapat dicapai dalam kalangan Raja-Raja demi kepentingan rakyat dan negara.
The post ‘Pembesar sepatutnya jadi pendamai, bukan batu api’ – Akmal Saleh appeared first on The Reporter.






