Raja Muda Selangor Umum Kelahiran Puteri Sulung Tengku Alia Amira

26 Jul 2026 • 11:48 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Raja Muda Selangor Umum Kelahiran Puteri Sulung Tengku Alia Amira

Raja Muda Selangor Umum Kelahiran Puteri Sulung Tengku Alia Amira

SHAH ALAM, (Bernama) -- Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan isteri Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz mengumumkan kelahiran puteri sulung baginda berdua Tengku Alia Amira Tengku Amir Shah.

Menerusi hantaran di Instagram rasmi Raja Muda Selangor, puteri sulung pasangan diraja itu dilahirkan pada 2.56 petang, 21 Julai lepas.

“Alhamdulillah. Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, beta mengumumkan kelahiran puteri kami.

“Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan, keberkatan dan rahmat yang berpanjangan buat anakanda kami. Terima kasih buat semua yang mendoakan kami sekeluarga,” titah baginda dalam hantaran tersebut.

Tengku Amir Shah dan Afzaa Fadini selamat diijabkabulkan dalam Istiadat Pernikahan Diraja di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang, pada 2 Okt 2025.

Pasangan pengantin diraja dinikahkan oleh Mufti Selangor Datuk Dr Anhar Opir, dengan disaksikan Tengku Panglima Raja Selangor Tengku Ahmad Shah Alhaj dan Tengku Indera Pahlawan Diraja Tengku Datuk Setia Putra Alhaj pada istiadat pernikahan yang diadakan secara tertutup.

Istiadat pernikahan yang dilaksanakan dengan penuh tertib mengikut adat turut disaksikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved