Raja Perlis berkenan ziarah Tun M di IJN

LocalPolitics
12 Oct 2026 • 6:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Raja Perlis berkenan ziarah Tun M di IJN
Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (kanan) berkenan menziarahi Tun M di IJN.

SHAH ALAM - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan mencemar duli menziarahi Tun Dr Mahathir Mohamad di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada Ahad.

Perkara tersebut dikongsikan menerusi hantaran di laman sosial bekas perdana menteri itu termasuk di Facebook Dr Mahathir Mohamad pada Isnin.

Menerusi beberapa keping gambar yang dikepilkan bersama hantaran tersebut, kelihatan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Abdul Rashid turut berangkat sama menziarahi Dr Mahathir.

Sebelum ini, Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke IJN bagi menjalani rawatan berkala.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved