Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Masjid Sri Sendayan

17 Jan 2023 • 7:31 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SEREMBAN: Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat menunaikan solat Maghrib dan Isyak di Masjid Sri Sendayan semalam.

Seri Paduka yang tiba pada 6.30 petang diiringi anakanda Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Al-Sultan Abdullah turut bersama-sama jemaah mendengar kuliah Maghrib bertajuk ‘Sifat Mementingkan Diri Sendiri’ disampaikan Ustaz Shaifudin Maulup.

Tunku Azizah turut meluangkan masa melihat keindahan seni bina masjid berkenaan dengan disertai pengasas syarikat perbankan Kumpulan RHB Tan Sri Abd Rashid Hussain, iaitu individu yang mewakafkan Masjid Sri Sendayan.

Masjid yang terletak di kawasan berkeluasan 4.5 hektar dengan kos lebih RM100 juta itu merupakan hasil seni dan arkitek yang hampir sepenuhnya dibawa dari luar negara termasuk Mesir, Turki, Dubai, Maghribi dan China.

Pemandangan dan suasana mempesonakan terutama menjelang senja di masjid berkenaan menjadi tumpuan orang ramai yang mengagumi keunikan rekaan bangunan yang dibina sejak 2015 itu. -Bernama