‘Rajinnya, mesti dah biasa tengok omma kemas rumah.’ Gelagat comel Rina lap lantai bikin ramai terhibur

Family & Parenting
9 Dec 2022 • 11:30 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

AKSI comel si kecil bernama Rina sering meraih perhatian setiap kali ayah dan ibunya berkongsi video mahupun gambar si kecil itu dengan pelbagai gaya.

Ada sahaja telatah beliau yang mengundang perhatian warga maya.

Sememangnya, anak perempuan kepada Riyzal Ibrahim dan Maryam itu seorang yang bijak dan aktif.

image is not available

GAYA BERSUNGGUH-SUNGGUH

Terbaharu, cahaya mata kepada pasangan pempengaruh media sosial popular itu dilihat sedang mengelap lantai.

Gaya si cilik berusia 13 bulan berkenaan cukup mencuit hati ramai orang.

Menerusi video yang dikongsikan, Rina dilihat tekun mengelap lantai menggunakan sehelai kain.

Biarpun ditegur oleh ibunya, namun si kecil tidak memberi sebarang reaksi. Bahkan tetap fokus mengelap lantai. Gayanya ketika itu cukup bersungguh-sungguh.

image is not available

“Siapa suruh awak lap lantai. Mana ada budak yang umur 13 bulan lap lantai. Aduhai,” tulis Maryam menerusi kapsyennya di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maryam Younarae (@maryamyunrrr)

SIFAT ORANG KOREA

Wanita itu dan suaminya juga tidak dapat menahan ketawa melihat telatah anak kecil mereka.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya turut memuji akan kerajinan yang ditunjukkan Rina.

Antara komen yang dikongsikan adalah:

“Bagus sangat dapat didik anak daripada kecil lagi macam ni.”

“Sifat orang Korea yang suka mengelap rumah. Rina walau dilahirkan di Malaysia, terselit sifat rajin orang Korea.”

image is not available

“Rajin Rina. Mungkin dia biasa tengok omma dia rajin kemas rumah, jadi dia pun ikut sama.”

“Bagusnya Rina. Robot mop lantai tu sudah boleh off, Rina boleh buat sorang kerja.”

“Mahal ni nak kena bayar gaji. Sangat hardworking.

“Kacil-kecil sudah rajin. Besar nanti mesti jadi cantik dan baik macam cinderella.”

“Rajinnya Rina. Untung dapat anak pembersih begini Maryam dan rizal.”

image is not available

Kagum SinarPlus dengan pendekatan Maryam dan Ryzal mendidik anak mereka.

Tidak hairanlah nanti sudah besar, Rina akan selalu bantu ibunya kemas rumah.

Barangan dapur murah DI SINI

Sumber: Instagram maryamyunrrr

Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.