Rakan kongsi foto Ali Puteh jual trofi kemenangan program lawak

14 Feb 2024 • 5:46 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Pelawak dan usahawan, Ali Puteh didakwa menjual semua trofi kemenangan yang diperolehinya melalui beberapa siri program realiti lawak Malaysia.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, seorang kenalannya @pojie.pidon telah memuat naik beberapa keping foto memaparkan Ali bersama koleksi trofi tersebut.

Ali Puteh jual trofi

Pada ruangan kapsyen, Pojie seolah-olah menyuarakan rasa kesal kerana pelawak berusia 34 tahun itu terpaksa menjual koleksi trofi berkenaan, namun tetap menitipkan doa yang baik-baik.

“Sayang memang sayang. Terjual semua piala kenangan (program lawak), insha Allah ada rezeki lain nanti,” kata Pojie baru-baru ini.

Dalam pada itu, foto tersebut memaparkan trofi kemenangannya pada program Lawak Mega, plak Muzikal Lawak Superstar, Projek Komedi Warna dan sebuah lagi program lawak.

Ali Puteh jual trofi buat netizen titip kata-kata positif

image is not available

Foto: HibGlam

Menerusi perkongsian sama di TikTok pula, rata-rata netizen sempat mendoakan Ali atau nama penuhnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan agar dipermudahkan segala urusan sebelum Pojie dipercayai menutup ruangan komen.

Semoga Ali selesai segala urusan

image is not available

Foto: Vocket

Usaha yang baik!

image is not available

Foto: Vocket

Ali Puteh jual trofi untuk bayar hutang?

image is not available

Foto: Vocket

Terdahulu, Ali dilaporkan berusaha keras bagi membayar hutang saman sebanyak RM60,000 kepada kakak iparnya, iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali.

Ia susulan perintah daripada mahkamah dimana Ali perlu membayar jumlah itu kepada Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita berkenaan di Instagram, empat tahun lalu.

Sumber: Instagram @pojie.pidon