Rakan-rakan pecut dulu? Wanita kecewa ditinggal ketika ‘ride’ – “Dah la kita sorang perempuan”

Music
26 Jul 2023 • 8:39 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila ditinggalkan oleh sekumpulan rakan ketika menyertai aktiviti menunggang motosikal atau ‘ride’ dipercayai gara-gara agak lambat menunggang.

Menerusi satu hantaran video di aplikasi TikTok, wanita dikenali sebagai Mekyaa itu dilihat menangis teresak-esak sambil menyifatkan rakan ‘rider’ tersebut seperti tiada sifat kasihan terhadap dirinya.

Rakan-rakan pecut dulu?

@mekyaa_yaa0

Kakak viral jerik keno tinggal,, xcayo hoh tgoklah kito post pulok

♬ bunyi asal – Mekyaa_ – Kakak nyo manjoo

Difahamkan, lebih membuatkan Mekyaa terkilan adalah dia merupakan satu-satunya wanita yang menyertai aktiviti berkenaan kerana selebihnya terdiri dalam kalangan penunggang lelaki.

Rakaman berdurasi hampir satu minit itu memaparkan wanita terbabit lengkap mengenakan jaket dan topi keledar sambil sekali sekala mengesat air matanya.

Sementara itu, Mekyaa berkata, dia juga seolah-olah menyesal apabila tiada seorang pun rakan ‘rider’ yang tampil bertanggungjawab sebaliknya tergamak membiarkan dirinya terkontang-kanting berseorangan.

Video dimuat naik dua hari lalu itu meraih 534,400 tontonan, 23,400 tanda suka selain lebih 3,600 komen netizen yang meninggalkan pelbagai reaksi.

Rata-rata menasihatkan Mekyaa supaya tidak menyertai aktiviti yang sinonim bagi golongan lelaki itu sekiranya tiada rakan wanita lain yang turut serta.

Teringin sangat kan? Lepas tu sendiri teriak

image is not available

Kalau sorang je perempuan, tak payah ‘ride’ la

image is not available

Salah cari kawan tu

image is not available

Jangan la pergi kalau sorang je perempuan

image is not available

Berdasarkan pemerhatian di satu lagi akaun TikTok miliknya, Mekyaa dilihat pernah memuat naik beberapa hantaran memaparkan membabitkan aktiviti permotoran.

Sumber: Mekyaa (1) & (2)