“Rakan sekerja tapi tahu password phone”- Amira Othman Kantoi Tahu ‘Password’ Telefon Fattah Amin Ketika Siaran ‘Live’?

Entertainment
3 Aug 2025 • 12:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui bahawa peminat pelakon, Fattah Amin dan penyanyi, Amira Othman sangat menyukai gandingan kedua-dua mereka sehingga ada peminat yang mendoakan agar kedua-dua artis ini mendirikan rumah tangga.

Walau bagaimanapun, setakat ini, tiada pengumuman rasmi dibuat oleh Fattah dan Amira mengenai hubungan mereka dan Fattah juga sebelum ini mengatakan hubungan mereka hanyalah rakan sekerja yang bekerjasama untuk promosi beberapa produk.

Namun, peminat kedua-dua artis ini baru-baru ini terkejut apabila Amira Othman dikatakan kantoi mengetahui kata laluan telefon milik Fattah Amin.

Perkara tersebut difahamkan telah diketahui peminat ketika siaran langsung di TikTok oleh Amira dan Fattah. Boleh tonton video tersebut di sini.

Difahamkan, ketika siaran langsung di TikTok itu, Amira sedang berinteraksi dengan peminat dan ada penonton siaran live tersebut yang menyatakan permintaan agar Amira menyanyikan lagu.

Amira kemudiannya meminta telefon dari Fattah Amin kerana difahamkan dia mahu mencari lirik lagu dan dia kemudiannya dilihat spontan memasukkan kata laluan pada telefon pintar tersebut.

Amira kemudiannya tiba-tiba mengatakan “Eh, korang nampak ke saya buka password? Macam mana dorang nampak?” . Anda boleh lihat pada sekitar minit ke 3.33.

Rata-rata peminat kedua-dua artis ini di ruangan komen dilihat mengusik Fattah dan Amira perihal perkara kata laluan telefon ini.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.