“Saya tak layan suami orang…” – Syira Atiqah nafi musnahkan rumah tangga Fazura, sedia dedah bukti

EntertainmentLifestyle
2 Aug 2025 • 12:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Wanita yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Nur Fazura iaitu Syira Atiqah meluahkan rasa terkilan apabila menjadi mangsa tuduhan tidak berasas.

Menerusi satu hantaran di Instagram Stories, Syira menyatakan bahawa ini merupakan kali kedua dia difitnah dengan gelaran ‘penyondol’ dan ‘perosak rumah tangga’, walaupun dia tidak pernah melakukan perkara tersebut.

Syira turut memaklumkan bahawa dia memiliki bukti kukuh yang mampu membersihkan namanya, namun memilih untuk tidak mendedahkannya demi menjaga maruah pihak lain.

image is not available

Syira Atiqah nafi musnahkan rumah tangga Fazura

Dia juga menegaskan tidak pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki bergelar suami orang, apatah lagi menjadi penyebab keretakan rumah tangga sesiapa.

“Saya tak bertanggungjawab terhadap keretakan hubungan sesiapa. Saya tidak layan lelaki yang sudah berkahwin.
“Saya tidak layak dipalit dengan tuduhan sebegini hanya kerana orang perlukan seseorang untuk dipersalahkan,” katanya menerusi kenyataan di Instagram, semalam.

image is not available

Bekas penata gaya hijab kepada Fazura itu turut memberi amaran bahawa dia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan fitnah serta cuba merosakkan reputasinya.

“Mulai saat ini, sebarang fitnah, tuduhan palsu atau usaha untuk merosakkan nama saya akan ditangani secara undang-undang.
“Saya tidak akan teragak-agak untuk ambil tindakan, dan saya sudah mula kumpulkan nama, tangkapan skrin, dan segala bukti yang perlu,” tegasnya.

image is not available

Terdahulu, pempengaruh media sosial Elcah mendakwa rumah tangganya diganggu oleh seorang wanita yang dikatakan cuba menggoda suaminya, Hafizzuddin Hamri atau lebih dikenali sebagai Afi Hamri.

Sumber: Threads syiratiqah