
KUALA PENYU: Rakyat diseru supaya terus bersatu untuk menyokong penuh usaha kerajaan negeri dalam menjayakan agenda pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ)
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu Datuk Limus Jury berkata keharmonian kaum dan perpaduan sosial adalah tunjang utama kejayaan mana-mana dasar kerajaan, termasuk agenda SMJ.
"Sabah tidak akan maju jika rakyat berpecah kerana perpaduan adalah asas kestabilan yang penting untuk pembangunan berterusan, sebab itu, kita semua perlu bersatu hati dan menyokong kerajaan sedia ada.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Pada masa sama, rakyat harus menolak sebarang usaha yang boleh menggugat keharmonian dan fokus kepada kerjasama untuk pastikan setiap inisiatif kerajaan sampai ke akar umbi.
“Agenda SMJ bukan hanya milik kerajaan, ia milik rakyat Sabah dan kalau kita mahu negeri ini maju, kita mesti bantu kerajaan menjayakannya, bukan menghalang dengan perpecahan dan sentimen sempit,” ketika pada Program Turun Padang (Perpaduan Sosial) anjuran Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBS) di Kampung Lambidan, di sini, Isnin.
Limus yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya turut menggesa belia agar menjadi ejen perpaduan dan menyokong dasar kerajaan yang memberi manfaat kepada generasi akan datang.
Menurutnya, belia harus bersikap proaktif dan responsif terhadap usaha pembangunan yang dilaksanakan kerajaan kerana golongan itu adalah sandaran dan pewaris kepada kepimpinan perpaduan.
“Kita bina Sabah ini bersama, dengan semangat sejiwa. Kalau rumah kita bocor, kita baiki, bukan salahkan satu sama lain. Itulah semangat SMJ yang sebenar,” tegasnya.
Terdahulu, program sehari itu menghimpunkan penduduk pelbagai latar belakang dalam suasana harmoni dan penuh muhibah, selari dengan matlamat kerajaan untuk memperkukuh kesejahteraan sosial rakyat.

