Rakyat Jepun Puji Malaysia! Kisah Proton Dan Perodua Tular Sebagai Contoh Kejayaan Industri Kereta ASEAN

LocalCars
28 Sep 2026 • 8:48 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Rakyat Jepun Puji Malaysia! Kisah Proton Dan Perodua Tular Sebagai Contoh Kejayaan Industri Kereta ASEAN

KUALA LUMPUR – Seorang pencipta kandungan dari Jepun, Keisan (@keisanjpmy), mencuri perhatian selepas memuat naik video yang memuji Malaysia sebagai negara ASEAN yang berjaya membangunkan jenama kereta sendiri melalui Proton dan Perodua.

Video itu menjadi tular apabila beliau menjelaskan bahawa walaupun Thailand merupakan gergasi pembuatan automotif Asia Tenggara, Malaysia lebih awal membina jenama nasional sendiri sejak 1983.

Malaysia Dah Mulakan Sejak 1983

Dalam video tersebut, Keisan menerangkan bahawa Proton ditubuhkan pada 1983, diikuti Perodua pada 1993.

Beliau turut mengakui Proton kini dimiliki DRB-HICOM (50.1%) dan Geely (49.9%), manakala Perodua mempunyai kerjasama erat dengan Daihatsu. Namun, menurutnya, perkara itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana negara seperti Jepun juga membina industri automotif melalui kerjasama teknologi dengan syarikat asing sebelum mencapai keupayaan sendiri.

Thailand Besar, Vietnam Ada VinFast

Keisan menjelaskan Thailand membina kekuatan sebagai hab pembuatan untuk jenama global, bukannya melalui jenama nasional sendiri.

Beliau turut menyebut Vietnam berjaya melahirkan VinFast pada 2017, manakala Indonesia masih berusaha memperkukuhkan jenama automotif tempatan selepas beberapa projek sebelum ini tidak berkembang seperti yang diharapkan.

Beliau menyimpulkan bahawa kebanyakan negara membangunkan industri automotif melalui proses “berkongsi teknologi, belajar dan kemudian memperkukuhkan pengeluaran tempatan”, bukannya bermula sepenuhnya dari sifar.

Pilih Axia Walaupun Berasal Dari Jepun

Menariknya, Keisan turut berkongsi bahawa beliau sendiri memandu Perodua Axia yang dibeli baharu kira-kira setahun lalu.

Walaupun berasal dari Jepun, beliau berkata tidak menyesal memilih kereta Malaysia kerana ia sesuai untuk kegunaan harian seperti menghantar anak ke sekolah, membeli barang dan memudahkan parkir. – The Malaysian Update

The post Rakyat Jepun Puji Malaysia! Kisah Proton Dan Perodua Tular Sebagai Contoh Kejayaan Industri Kereta ASEAN appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved