Rakyat Kelantan Tak Perlu Sangkut 'Jem' Lagi, Sebab ECRL Dijangka Operasi 2027!

LocalTravel
18 Apr 2025 • 5:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Nampaknya, rakyat Kelantan boleh menarik nafas lega memandangkan dua tahun lagi mereka boleh pulang beraya menaiki Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Ini kerana projek ECRL bakal beroperasi pada Januari 2027 nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, pembinaan jajaran ECRL dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak akan siap sepenuhnya pada Disember 2026

"Sekali lagi raya pada 2027 sudah boleh guna untuk balik raya. Kita akan mulakan operasi percubaan pada Jun tahun hadapan dan dijangka beberapa gerabak penumpang akan tiba hujung tahun ini," katanya.

Menurut beliau, kemajuan kerja sehingga Mac lalu berada pada tahap 81 peratus untuk keseluruhan jajaran ECRL dari Kota Bharu hingga ke Gombak, Selangor.

"Setakat ini Terengganu capai tahap kemajuan kerja 90 peratus, Kelantan (89 peratus) dan Pahang (86 peratus)," katanya.

Difahamkan, pembinaan dua stesen ECRL di negeri ini iaitu Kota Bharu dan Pasir Puteh dijangka siap seperti dirancang menjelang suku pertama 2026.

image is not available

Selain itu, Stesen Pasir Puteh melibatkan keluasan tapak seluas 17 hektar juga bakal menerapkan konsep reka bentuk unik dan bercirikan kebudayaan tempatan.

"Reka bentuknya diilhamkan 'Tanjak Agong' melambangkan simbol perpaduan dan kedaulatan negara.

"Unsur ini mencerminkan aspirasi nasional dalam projek infrastruktur strategik seperti ECRL," katanya.