Rakyat Korea Selatan Diberi Akses Chatbot AI Percuma Tanpa Had Oleh Kerajaan

WorldTechnology
16 Jul 2026 • 12:44 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Norway dan China menghadkan akses kecerdasan buatan (AI) kerana melihat impak negatif yang berlaku apabila terlalu bergantung kepadanya. Tetapi kerajaan Korea Selatan akan memberikan akses kepada chatbot AI secara percuma tanpa had kepada semua rakyat negara tersebut.

Image from: Rakyat Korea Selatan Diberi Akses Chatbot AI Percuma Tanpa Had Oleh Kerajaan

Menerusi inisiatif “AI for Everyone”, kerajaan Korea ingin menjadikan AI sebagai sebuah utiliti awam untuk semua tanpa memerlukan langganan seperti Claude, Gemini dan ChatGPT. Inisiatif ini diumumkan oleh Kementerian Sains dan ICT pada 13 Julai dengan fasa Beta akan dimulakan pada akhir September sebelum dilancarkan sepenuhnya menjelang penghujung 2026.

Keseluruhan projek akan dibangunkan oleh 2 atau 3 syarikat swasta tempatan dengan mereka diwajibkan menggunakan model AI tempatan. Antara ciri yang boleh diakses pengguna kelak ialah ejen AI kerajaan yang membantu rakyat mengakses perkhidmatan kerajaan dan mengisi borang permohonan.

Kerajaan Korea Selatan komited menyediakan sehingga 512 GPU Nvidia B200 untuk projek ini tetapi syarikat terpilih perlu turut perlu melakukan pelaburan mereka sendiri. Terdapat juga syarat 50% perkhidmatan mesti menggunakan model asas Korea Selatan yang memenuhi piawaian kementerian Sekiranya model dibangunkan sendiri, 30% komponen pula mesti datang daripada syarikat AI domestik.

Dengan memastikan syarikat tempatan dan model tempatan digunakan, projek ini juga adalah usaha untuk membangunkan industri AI kendiri Korea Selatan. Sekaligus akan mengurangkan kebergantungan kepada platform luar negara yang boleh mengubah atau menghalang akses secara tiba‑tiba seperti yang berlaku dengan Claude Fable 5 baru-baru ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved