Rakyat Malaysia Boleh Semak Kelayakan Subsidi Petrol RON95 Mulai Hari Ini

LocalBusiness & Finance
25 Sep 2025 • 11:11 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Rakyat Malaysia sudah boleh semak kelayakan subsidi petrol RON95 mulai hari ini, Khamis jam 9 pagi tadi. Subsidi petrol RON95 ini adalah inisiatif BUDI MADANI (BUDI95) yang dilancarkan oleh Kementerian Kewangan.

Portal rasmi www.budimadani.gov.my kini boleh diakses bagi memudahkan orang ramai untuk menyemak status kelayakan dan baki kuota subsidi RON95 bulanan.

Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, semakan ini boleh dilakukan di portal tersebut secara automatik dengan hanya menggunakan nombor kad pengenalan sahaja tanpa memerlukan pendaftaran yang baharu.

Pengguna hanya perlu ‘tap’ MyKad di pembaca pam minyak untuk sahkan kelayakan sebelum membuat pembayaran.

image is not available

Pengguna bebas memilih cara bayaran sama ada menggunakan tunai, kad kredit/debit, atau e-dompet. Resit yang dikeluarkan juga turut memaparkan baki subsidi ditanggung kerajaan serta jumlah bayaran sebenar oleh pengguna.

Kerajaan menjangkakan penjimatan antara RM2.5 bilion sehingga RM4 bilion setahun melalui hasil pemansuhan subsidi pukal, yang boleh disalurkan semula kepada bantuan bersasar seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian bantuan BUDI95 di 1300-88-9595 mulai jam 9 pagi hari ini.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.