Rakyat Malaysia Di Iran Dipindahkan Mulai Jumaat Ini – Fahmi

18 Jun 2025 • 4:51 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Krisis melibatkan negara Iran dan Israel dilihat semakin memuncak menyebabkan rakyat Malaysia termasuk perwakilan, pelajar dan pelancong yang berada di Iran akan dipindahkan bermula Jumaat ini.

Rakyat Malaysia di Iran dipindahakan

image is not available

Foto: Sinar Harian

Memetik laporan Kosmo, jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa kerajaan telah mengenalpasti jumlah rakyat Malaysia yang masih berada di negara itu namun ia bukanlah satu jumlah yang besar.

“Tapi mereka telah digerakkan untuk bergerak keluar dari Iran dan segala persiapan visa telah dimuktamadkan. Insya-Allah mereka akan melakukan perjalanan keluar dalam tempoh sehari dua ini dijangka pada 20 Jun ini,” kata Fahmi pada sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet, hari ini.

image is not available

Foto: Harian Metro

Perkara itu diberitahu Fahmi berhubung perancangan pelan pemindahan rakyat Malaysia di Iran susulan perkembangan keselamatan di negara berkenaan yang semakin meruncing.

Terdahulu, Kementerian Luar menegaskan agar semua rakyat Malaysia yang menetap di negara itu meninggalkan Iran secepat mungkin menggunakan apa jua kaedah selamat dan tersedia.

Untuk rekod, Jumaat lalu, Israel dilaporkan menjalankan serangan ke atas Iran susulan kebimbangan terhadap tindakan Tehran yang dilihat semakin berjaya membangunkan senjata nuklear.

Sumber: Kosmo (Mohd Husni Mohd Noor)