Rakyat Malaysia dicekup bawa 166kg syabu di Thailand

12 Aug 2026 • 9:45 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Rakyat Malaysia dicekup bawa 166kg syabu di Thailand

PRACHUAP KHIRI KHAN, THAILAND – Seorang rakyat Malaysia ditahan selepas dipercayai membawa sebanyak 166 kilogram (kg) dadah jenis syabu di depan sebuah kedai serbaneka di Mukim Hua Hin di sini pada Sabtu lalu.

Suspek lelaki yang berusia 20 tahun itu diberkas kira-kira pukul 12.30 tengah malam ketika memandu sebuah kereta jenis BMW sebelum berhenti di depan premis itu.

Penguasa Balai Polis Hua Hin, Kolonel Kampanat Nawichai berkata, sepasukan anggota polis mengesan sebuah kereta yang dipercayai membawa sejumlah dadah yang banyak dari daerah ini untuk dihantar ke Wilayah Selatan Thailand dan Malaysia.

Katanya, suspek kemudian bertindak memecut kereta itu selepas menyedari kehadiran pihak polis sebelum berjaya ditahan di depan sebuah kedai serbaneka di Mukim Hua Hin.

“Pemeriksaan membawa kepada penemuan tiga beg pakaian yang berkunci. Suspek mendakwa barangan itu bukan miliknya dan tidak tahu kod untuk membuka beg tersebut.

“Suspek dan kereta itu dibawa ke pusat pemeriksaan untuk siasatan lanjut. Ketiga-tiga beg pakaian itu dibuka di hadapan suspek sebelum mendapati ia berisi 166 kg syabu,” katanya.

Kampanat berkata, suspek mengaku sedang dalam perjalanan ke Wilayah Selatan Thailand sebelum menyeludup dadah tersebut ke Malaysia.

Katanya, lelaki itu boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda maksimum 5 juta baht atau RM617,550 sekiranya sabit kesalahan mengikut Kanun Narkotik Thailand.

The post Rakyat Malaysia dicekup bawa 166kg syabu di Thailand appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved