[VIDEO] Rakyat Malaysia meninggal ketika transit di Bangkok ke Jepun

LocalTravel
12 Aug 2026 • 9:35 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Rakyat Malaysia meninggal ketika transit di Bangkok ke Jepun

PETALING JAYA – Seorang rakyat Malaysia meninggal dunia ketika transit di Bangkok, Thailand sebelum meneruskan penerbangan ke Hokkaido, Jepun dalam kejadian kelmarin.

Difahamkan, Allahyarham Hamizi Mohd. Noor, 52, ke Hokkaido menyertai trip percutian syarikat, manakala video kejadian itu tular di media sosial memperlihatkan kru kabin berusaha memberikan bantuan kepada Allahyarham.

Video berkenaan turut dimuat naik oleh pengurusan jenazah Islam, Mr Wan Can Official pada Facebook dan mendapat maklum balas seorang rakan Allahyarham pada ruangan komen.

“Jenazah ini kawan baik saya, nak turun flight (pesawat) transit ke Hokkaido. Alhamdulillah, sekarang baru selesai urusan bawa balik jenazah dari Bangkok ke Kulim, Kedah. Pukul 7 malam dari Thailand bergerak balik naik van. Insya-Allah dijangka di sempadan Dannok pukul 6 pagi hari ini,” komen Ziad PG Aid.

Mr Wan Can Official pada hantaran seterusnya memaklumkan pihak Van Jenazah Wakaf Kulim dan UKVJ Kedah membantu pengurusan Allahyarham Hamizi pulang ke tanah air.

“Jenazah dalam perjalanan menuju ke sempadan Bukit Kayu Hitam selepas dituntut dari Hospital Samitivej Suan Luang, Bangkok. Jenazah dijangka tiba di sempadan Bukit Kayu Hitam pada waktu subuh.

“Perancangan telah disusun melibatkan urusan dokumentasi di sempadan, proses menuntut jenazah di sempadan, pengurusan mandi, kafan dan solat serta penghantaran jenazah ke Kulim,” menurut hantaran itu, malam tadi. – KOSMO! ONLINE

The post [VIDEO] Rakyat Malaysia meninggal ketika transit di Bangkok ke Jepun appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved