Kelindan lori maut nahas di Tawau 

LocalCars
12 Aug 2026 • 4:07 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Kelindan lori maut nahas di Tawau 

TAWAU: Seorang kelindan lori berumur 43 tahun yang menunggang motosikal disahkan maut selepas dilanggar oleh sebuah lori rigid di sepanjang Jalan Timur berhampiran SMK Kabota, di sini, kira-kira jam 3.30 petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Rosdi Mat Jusoh berkata polis menerima maklumat mengenai kemalangan yang melibatkan perlanggaran antara sebuah motosikal jenis Sym dengan sebuah lori rigid jenis Nissan kira-kira jam 4.11 petang.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan itu berlaku ketika pemandu lori, seorang lelaki tempatan berusia 62 tahun memandu seorang diri dari arah Air Panas menuju ke Eastern Engineering, Jalan Timur.

“Mangsa yang menunggang motosikal pula datang dari arah bertentangan tetapi memasuki laluan pemandu lori terbabit, dipercayai akibat hilang kawalan motosikalnya, sehingga menyebabkan kemalangan berlaku,” katanya, Selasa.

Rosdi berkata pegawai perubatan yang memeriksa mangsa mengesahkan penunggang motosikal tersebut sudahpun meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan kaki.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membabitkan perbuatan memandu kenderaan secara melulu atau membahayakan sehingga menyebabkan kematian,” katanya.

Beliau juga menggesa orang ramai yang menyaksikan kejadian itu atau mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau bagi membantu siasatan.

Beliau berkata mereka juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Joseph Jelian Wilson Sigai secara langsung menerusi nombor talian perhubungan 0168067272 atau hadir ke balai polis berhampiran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved