
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Selain isu tular di Malaysia, ketika ini juga media sosial kecoh mengenai konflik sempadan Thailand dan Kemboja.
Pasti ada di antara kita yang telahpun melihat beberapa video tular di media sosial berhubung krisis terbabit bukan? Nampak teruk apabila kedua-dua pihak saling berbalas tembakan dan tentera Thailand turut melancarkan serangan udara.
TERKINI
— Irfan_newboys🇲🇾🇵🇸🏳️🏴 (@Marchfoward) July 24, 2025
KEMASKINI PERTEMPURAN ANTARA KEMBOJA DAN THAILAND
Roket B-21 Kemboja mengena Stesen Minyak PTT di Ban Phue, Daerah Kanthralak di Sisaket, Thailand (Video Pertama). Beberapa pelajar dan orang awam cedera
Pertempuran berlaku bermula di Tokong Ta Muen Thom. Dron… https://t.co/dlRCzJIf7a pic.twitter.com/nLTKYlxHwL
Lebih menakutkan lagi sehingga ada nyawa orang awam yang terkorban. Persoalannya, apa sebenarnya yang sedang berlaku? Ini apa yang kami tahu
Apa yang sedang berlaku antara Kemboja & Thailand?
Menurut ABC News, pertempuran bersenjata tercetus sejak semalam (24 Julai) di kawasan sempadan yang telah lama dipertikaikan antara Thailand dan Kemboja.
Setakat semalam, insiden melibatkan tembakan, pengeboman dan roket itu telah menyebabkan sekurang-kurangnya 11 orang awam Thailand terbunuh dan 14 yang lain cedera. Manakala penduduk sekitar yang lain terpaksa melarikan diri demi keselamatan.
Thailand bertindak balas dengan melancarkan serangan udara menggunakan jet pejuang F-16 ke dalam wilayah Kemboja dan memusnahkan sasaran ketenteraan.
Menurut Kementerian Pertahanan Thailand, pertempuran masih lagi berterusan sehingga hari ini di enam lokasi di sepanjang sempadan itu.
Untuk pengetahuan korang, pertembungan pertama pada pagi Khamis berlaku berhampiran kuil purba Ta Muen Thom, di sempadan antara wilayah Surin (Thailand) dan Oddar Meanchey (Kemboja).
Mengapa konflik ini tercetus?
Kedua-dua negara sedang berselisih mengenai kawasan yang dikenali sebagai Segitiga Zamrud iaitu lokasi pertemuan sempadan Thailand, Kemboja dan Laos yang turut menempatkan beberapa kuil purba bersejarah.
Memetik Sinar Harian, kawasan bersejarah dan kuil purba seperti Preah Vihear, Ta Muen Thom dan Ta Krabey telah menjadi rebutan kedua-dua negara sejak lebih 100 tahun lalu dan pertikaian yang paling sengit berkisar di sekitar kuil Preah Vihear yang berusia 1,000 tahun.
Perikaian ini telah berlangsung selama beberapa dekad dan pernah mengakibatkan pertempuran berdarah lebih 15 tahun lalu.
Pada bulan Mei lalu, pertempuran itu berlaku lagi yang mengakibatkan seorang askar Kemboja terbunuh.
Kenapa sampai sekarang konflik sempadan Thailand dan Kemboja masih tidak selesai?
Isu ini menjadi lebih rumit berikutan semakan semula peta sempadan yang berbeza antara kedua-dua negara.
Thailand menggunakan peta berdasarkan sempadan semula jadi, manakala Kemboja berpegang kepada peta era penjajahan Perancis yang diiktiraf oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada tahun 1962.
Walaupun keputusan ICJ menyebelahi Kemboja, Thailand berpendapat beberapa kawasan berhampiran kuil itu tidak termasuk dalam keputusan asal.
Situasi ini mencetuskan tindakan saling menduduki dan pembinaan infrastruktur ketenteraan di kawasan sempadan yang statusnya tidak jelas.
Bukan itu sahaja, kedua-dua kerajaan mula melaksanakan sekatan termasuk larangan import produk dan perkhidmatan negara jiran masing-masing.
Malah, Bangkok turut mengenakan sekatan sempadan menyebabkan pemimpin Kemboja mula memberikan amaran.
Source:


![Pekerja Kongsi Pengalaman Kena ‘Gangguan Misteri,’ Siap Jatuhkan Barang Sewaktu Nak Tutup Klinik [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)