Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan ke Arab Saudi - Menteri Luar

12 Oct 2026 • 3:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan ke Arab Saudi - Menteri Luar
Mohamad berkata, nasihat itu adalah susulan risiko keselamatan setelah insiden Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh dibom pada Sabtu lepas. Foto Bernama

SEPANG - Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan ke Arab Saudi bagi tujuan menunaikan ibadah umrah buat sementara waktu, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata, nasihat itu adalah susulan risiko keselamatan setelah insiden Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh dibom pada Sabtu lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 12 orang terkorban dan 300 cedera.

"Di Makkah masih tidak ada (insiden). Cumanya ada misil yang telah meletup di Riyadh...jadi kita minta supaya rakyat Malaysia elok tangguhkan dahulu perjalanan kita ke sana (Makkah dan Madinah)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri kebarangkatan pulang Raja Jordan Raja Abdullah II di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Isnin.

Semalam, Kementerian Luar melaporkan, tiada rakyat Malaysia terkorban atau cedera susulan serangan terbaharu di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh dan insiden projektil jatuh berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa King Fahd di Dammam, Arab Saudi pada Sabtu.

Dalam satu kenyataan, Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam Arab Saudi memaklumkan 12 orang terkorban manakala 309 lagi cedera dalam insiden serangan itu.

Empat warga Arab Saudi, dua warga Bangladesh serta masing-masing seorang warga Amerika Syarikat (AS), Mesir, Jordan, Syria, Palestin dan Sudan dilaporkan terkorban. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved