Pesara Petronas rugi lebih RM1.4 juta gara-gara phone scam

LocalBusiness & Finance
2 Sep 2026 • 12:01 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pesara Petronas rugi lebih RM1.4 juta gara-gara phone scam

KUANTAN: Seorang pesara Petronas mengalami kerugian lebih RM1.4 juta selepas diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon daripada individu tidak dikenali yang mendakwa mangsa terlibat dengan penggubahan wang haram.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, mangsa adalah seorang lelaki tempatan berusia 66 tahun. 

“Pada 19 Mei lalu, mangsa menerima panggilan daripada nombor tidak dikenali menyatakan dia terlibat dengan penggubahan wang haram. Mangsa diarahkan membuka akaun sebuah bank dan memindahkan wang simpanan ke akaun itu untuk tujuan semakan pihak berkuasa.

“Selepas membuka akaun, datang seorang lelaki Melayu berjumpa dengan mangsa di kawasan perumahannya dan dia menyerahkan kad mesin juruwang automatik (ATM) beserta nombor pin kepada lelaki tersebut.

“Semua wang daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Tabung Haji serta hasil gadaian emas berjumlah RM1,417,210 telah dimasukkan ke akaun bank berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Azry Akmar berkata, pada 1 September lalu, mangsa menyedari wang dalam akaun banknya itu sudah dipindahkan ke enam akaun berbeza dan dikeluarkan di mesin ATM tanpa pengetahuan pesara tersebut.

“Mangsa berasa terpedaya dan hadir membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. 

Beliau menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan nasihat awal daripada balai polis berdekatan sebelum membuat sebarang tindakan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

“Orang awam juga dinasihatkan untuk membuat semakan nombor akaun melalui laman sesawang https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum membuat sebarang transaksi dan menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997,” katanya. – UTUSAN

 

The post Pesara Petronas rugi lebih RM1.4 juta gara-gara phone scam appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved