Pesara rugi lebih RM1.4 juta ditipu sindiket panggilan telefon

LocalBusiness & Finance
2 Sep 2026 • 11:55 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Pesara rugi lebih RM1.4 juta ditipu sindiket panggilan telefon

Seorang pesara syarikat minyak dan gas multinasional negara kerugian RM1.417 juta, selepas diperdaya sindiket penipuan telefon dalam tempoh Mei hingga semalam.

KUANTAN: Seorang pesara syarikat minyak dan gas multinasional negara kerugian RM1.417 juta, selepas diperdaya sindiket penipuan telefon dalam tempoh Mei hingga semalam.

Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob berkata mangsa, lelaki berusia 66 tahun menerima panggilan daripada individu tidak dikenali pada 19 Mei, yang mendakwa mangsa terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram.

Beliau berkata mangsa kemudian diarahkan membuka akaun Agrobank dan memindahkan wang simpanannya ke akaun berkenaan, bagi tujuan semakan pihak berkuasa.

“Selepas membuka akaun tersebut, datang seorang lelaki yang berjumpa dengan mangsa di kawasan perumahannya dan mangsa telah menyerahkan kad bank beserta nombor PIN kepada lelaki tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, beliau berkata mangsa juga telah menyerah wang daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Amanah Saham Berhad dan Tabung Haji serta hasil gadaian emas berjumlah RM1,417,210 ke akaun Agrobank berkenaan, sehingga semalam. 

Azry Akmar berkata mangsa kemudian menyedari wang dalam akaun tersebut telah dipindahkan ke enam akaun berbeza dan dikeluarkan melalui mesin juruwang automatik (ATM) tanpa pengetahuannya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan nasihat awal daripada balai polis berdekatan, sebelum mengambil sebarang tindakan susulan menerima panggilan mencurigakan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

“Orang awam juga dinasihatkan membuat semakan nombor akaun melalui laman sesawang Semak Mule sebelum melakukan sebarang transaksi serta menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi talian 997, sekiranya menjadi mangsa penipuan,” katanya serta menambah kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved