Rakyat Malaysia Ma*t Ditik*m Di Korea Selatan, Adik Dakwa Mangsa Cuba Bantu Rakan Leraikan Pergaduhan

27 Jul 2026 • 11:08 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Seorang rakyat Malaysia berusia 26 tahun dilaporkan maut selepas dipercayai ditikam dalam satu pergaduhan berkumpulan di Eumseong, Wilayah Chungcheong Utara, Korea Selatan.

Mangsa, Ahmad Shah, yang telah bekerja di Korea Selatan sejak tujuh tahun lalu, dikatakan keluar dari rumah selepas menerima panggilan daripada seorang rakan yang meminta pertolongan kerana berlaku pergaduhan. Menurut adik mangsa, isterinya, Nurcahaya Ruslan, turut mengikutinya ke lokasi kejadian kira-kira jam 3 pagi.

Advertisement
View this post on Instagram

“Abang pergi dan kakak ipar juga tergerak hati mahu ikut sekali. Tak sangka rupanya ada sekumpulan lelaki dan rakan abang seorang saja ketika itu.”

Ahmad Shah kemudian dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan akibat tikaman, namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian. Seorang lagi individu yang cedera parah masih menerima rawatan.

“Saya dimaklumkan abang sudah menjalani proses bedah siasat dan isterinya juga sudah memberi keterangan di balai polis tengah hari tadi. Saya difahamkan semua suspek terbabit dalam kejadian itu sudah ditahan”

Sementara itu, polis Korea Selatan berjaya menahan seorang lelaki warga Malaysia berusia lingkungan 40-an yang dipercayai melarikan diri selepas kejadian. Suspek ditahan kira-kira sejam kemudian dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar pergaduhan tersebut. – Berita Harian

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

balaji2026-07-22 10:19:48

Kena 'Banned' Serta Merta, Balaji Pindahkan Projek 'Network School' Ke Kazakhstan

The post Rakyat Malaysia Ma*t Ditik*m Di Korea Selatan, Adik Dakwa Mangsa Cuba Bantu Rakan Leraikan Pergaduhan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved