Rakyat Malaysia Yang Melancong Ke India Wajib Kemukakan Kad e-Ketibaan

LocalTravel
23 Apr 2026 • 2:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kad e-Ketibaan (e-Arrival Card) kini menjadi dokumen wajib selain visa untuk rakyat Malaysia yang ingin ke India. Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi mengumumkan bahawa semua rakyat Malaysia perlu mengisi dan menghantar kad e-ketibaan tersebut sekurang-kurangnya 72 jam sebelum berlepas.

image is not available

Peraturan baharu ini terpakai kepada semua warganegara Malaysia termasuk pemegang kad Overseas Citizen of India (OCI). Borang kad e-ketibaan ini oleh dihantar secara dalam talian melalui portal rasmi kerajaan India. Pelancong juga dinasihatkan menyimpan salinan digital atau bercetak pengesahan Kad e-Ketibaan sebagai rujukan semasa perjalanan.

Perlu diingat, keperluan ini adalah tambahan kepada visa dan dokumen perjalanan yang sah bermakna ia bukan penggantian visa. Suruhanjaya Tinggi Malaysia turut menasihatkan semua rakyat Malaysia agar sentiasa menyemak peraturan perjalanan terkini serta merujuk pihak berkuasa India bagi mendapatkan garis panduan yang dikemas kini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved