Rakyat Palestin cedera dinding bangunan runtuh akibat hujan

8 Nov 2026 • 1:02 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Rakyat Palestin cedera dinding bangunan runtuh akibat hujan

GAZA: Dua rakyat Palestin cedera selepas dinding sebuah bangunan yang rosak akibat serangan Israel sebelum ini runtuh susulan hujan lebat di utara Gaza semalam.

Menurut sumber perubatan kepada Anadolu, kejadian itu berlaku ketika hujan lebat melanda wilayah berkenaan.

Saksi berkata, ribuan khemah penduduk yang kehilangan tempat tinggal turut ditenggelami air di beberapa kawasan, termasuk berhampiran pelabuhan Gaza City, barat Deir al-Balah, utara kem pelarian Nuseirat serta Jabalia dan Beit Lahia.

Hujan lebat itu berpunca daripada sistem tekanan rendah yang membawa jisim udara sejuk ke Semenanjung Gaza.

Cuaca buruk itu menambah kesukaran ribuan rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal dan kini berlindung di khemah usang tanpa kemudahan pemanas serta perlindungan mencukupi daripada hujan dan cuaca sejuk.

Mereka terpaksa berdepan keadaan itu ketika kediaman dan infrastruktur di seluruh wilayah berkenaan musnah akibat perang Israel.

Sejak Oktober 2023, perang Israel di Gaza mengorbankan lebih 74,000 rakyat Palestin manakala lebih 175,000 lagi cedera, selain menyebabkan kemusnahan besar-besaran terhadap infrastruktur awam.

The post Rakyat Palestin cedera dinding bangunan runtuh akibat hujan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved