
Kota Kinabalu: Kerajaan negeri akan terus memastikan perpaduan dan keharmonian rakyat berbilang kaum di Sabah kekal terpelihara, justeru tidak mahu ada elemen luar dari seberang datang meracuni pemikiran dan budaya rakyat negeri ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, rakyat Sabah yang mempunyai lebih 30 etnik hidup dalam harmoni sejak sekian lama walaupun berbeza latar belakang agama dan bangsa.
Advertisement“Namun, istimewanya kita, menerusi budaya kita terus bersatu dan ini perlu dipupuk untuk generasi akan datang. Oleh itu, saya tidak mahu elemen-elemen dari seberang datang ke negeri ini untuk meracuni pemikiran rakyat Sabah.
“Kita menghormati kebudayaan semua kaum, sebab itu kerajaan negeri turut menganjurkan perayaan-perayaan besar di negeri ini seperti Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina di peringkat negeri,” katanya.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Beliau berkata demikian ketika merasmikan Festival Tarian Naga, Singa dan Unicorn Tahun Baharu Cina serta Pameran Kampung Budaya 2025 di Pusta Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, pada Sabtu.
Turut hadir, Konsulat General Republic Rakyat China, Dr Huang Shi Fang, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir Shahelmy Yahya; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Christina Liew dan Mayor Kota Kinabalu, Datuk Dr Sabin Samitah.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Hajiji berkata, inilah keistimewaan Sabah kerana apa juga perayaan yang dianjurkan, ia mendapat sambutan hebat daripada rakyat berbilang kaum.
“Sebab itu, saya amat menghargai jemputan ke majlis ini dan tahniah kepada penganjur iaitu Persatuan Komuniti Cina Sabah Bersatu Kota Kinabalu (USCCAKK).
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Kita harus menjaga perayaan seperti ini untuk anak-anak kita kerana kepelbagaian inilah akan memantapkan lagi keharmonian di Sabah,” katanya.
Sehubungan itu, Hajiji berkata kerajaan negeri akan memastikan semua budaya dan perayaan dihormati, termasuk memberi peruntukan kepada rakyat di negeri ini.
“Usaha ini adalah bukti kerajaan negeri menghormati sambutan semua perayaan yang ada di negeri ini, termasuk Tahun Baharu Cina,” katanya.
Ketua Menteri turut melahirkan rasa bangga dengan penganjuran majlis berkenaan yang bukan saja diraikan oleh masyarakat Tionghua, malah turut dihadiri masyarakat berbilang kaum yang ada di negeri ini. Sebanyak 50 Kumpulan Tarian Naga, Singa dan Unicorn menyertai persembahan sempena festival itu.
Presiden USCCAKK, Datuk Susan Wong Siew Guen berkata, festival ini merupakan acara tahunan persatuan itu setiap kali menjelang perayaan Tahun Baharu Cina dan diadakan sejak lebih 40 tahun.
Pada masa sama, katanya, penganjuran festival itu juga dapat menjadi salah satu tarikan pelancongan di Sabah dengan memaparkan diversiti budaya, khususnya kaum Tionghua tempatan.
“Festival ini diadakan setiap tahun dan kali ini mendapat penyertaan daripada lebih 200 kumpulan Tarian Naga, Singa dan Unikorn, namun hanya dapat benarkan 50 kumpulan membuat persembahan kerana kekangan masa.
“Selain itu, kita juga ada pembaharuan kali ini dengan mengadakan Pameran Kampung Budaya membabitkan 15 klan di bawah USCCAKK yang akan mempamerkan masakan tradisi kaum Cina,” katanya. Lebih 6,000 masyarakat pelbagai kaum hadir ke festival itu, yang turut mengadakan cabutan tiket bertuah bagi pengunjung.
