
Kota Kinabalu: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor meminta rakyat Sabah supaya tidak bimbang mengenai hubungan gabungan itu dengan Barisan Nasional (BN) kerana “mereka masih merupakan kerajaan hari ini”.
“Hubungan itu baik. Tidak ada masalah. Jika ada sedikit perbezaan, maka itu hanya politik biasa.
“Jangan risau, dan jangan marakkan lagi,” katanya kepada pemberita pada penutupan Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Sabah ketujuh di sini di Teluk Likas, pada Ahad.

