“Ramai Cakap Muka Iras Arwah Abam Tapi Versi Kurus” – Kenal Sejak Tahun Lalu, Balu Abam Bocey Dedah Wajah Calon Suami

EntertainmentLifestyle
21 Aug 2025 • 11:44 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, balu kepada pelawak, Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah telah mendedahkan sudah mengenali hati budi seorang lelaki bernama Amsyar Salim sejak tahun lepas.

Perkenalan secara tidak sengaja, lelaki yang bertanggungjawab

Menurut Hidayah atau nama sebenar, Nor Hidayah Mohd Ali, 31, perkenalan mereka bermula dengan tidak sengaja apabila Amsyar hadir ke kedai miliknya untuk membeli produk kosmetik.

Hidayah berkata tidak mudah untuk dia membuka hati selepas pemergiaan arwah Abam tetapi sikap bertanggungjawab lelaki ini membuatkan dirinya tertarik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by hidayah_hamzah (@hidayah_hamzahh)

Saya susah nak terpikat dengan lelaki tetapi cara saya nak uji adalah dengan membawa anak berjumpa dengannya. Saya mahu lihat bagaimana cara layanan dia terhadap Hamzah.

Muka seiras arwah Abam Bocey

Dedah wanita itu, apabila sering membawa Hamzah untuk bertemu dengan Amsyar, dia dapat melihat betapa sayangnya lelaki itu terhadap anaknya dan itu membuatkan Hidayah tertarik untuk mengenali lebih dalam.

Lebih menarik, ramai yang berkata wajah Amsyar kelihatan seiras dengan wajah arwah Abam, namun versi yang lebih kurus.

Apa yang boleh saya katakan, Allah ambil suami saya tapi Allah gantikan muka seiras dengan arwah. Hebat aturan Allah.

image is not available 2025-01-10 15:25:37

Kongsi Video Sambut Ulang Tahun Bersama Seorang Jejaka, Balu Arwah Abam Dah Jumpa Pengganti?