Ramai Geram Lihat Tindakan Penumpang Selamba Main Pemetik Api Dalam Pesawat [Video]

10 Jun 2025 • 10:52 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap kali ingin menaiki pesawat tidak kiralah jauh atau dekat, setiap penumpang perlu menjalani pemeriksaan keselamatan.

Malah setiap barangan yang dibawa perlu diimbas terlebih dahulu sebelum penumpang dibenarkan masuk ke dalam pesawat.

Perkara itu dilakukan untuk memastikan penumpang tidak membawa sebarang barang larangan ke dalam pesawat.

Malah sewaktu ingin membuat pendaftaran masuk penumpang turut diingatkan tidak membawa barangan seperti senjata tajam, bahan mudah terbakar, cecair melebihi 100ml dan banyak lagi.

Penumpang nyalakan api dalam kapal terbang, mengancam keselamatan orang ramai

Namun baru-baru ini, seorang lelaki telah membuatkan orang ramai berasa tidak selesa apabila melakukan satu tindakan yang boleh mengancam keselamatan penumpang lain.

Menerusi video dikongsikan oleh @you_canchangethislater di TikTok, awalnya kelihatan seorang penumpang lelaki yang duduk berdekatan tingkap telah menggunakan pemetik api untuk membakar sesuatu objek seperti rantai.

Sebaik api tersebut mula membakar objek berkenaan, dia kemudian segera memadam api terbabit dan kelihatan asap keluar selepas ia ditiup.

Tidak lama kemudian kelihatan dia meletakkan pemetik api di tempat duduk sebelahnya sebelum membetulkan semula objek yang dibakarnya itu.

Tindakan sempat dirakam penumpang lain sebelum beritahu kepada anak kapal

Tindakan berbahaya penumpang itu bagaimanapun sempat dirakam oleh pengguna TikTok berkenaan dan memaklumkan insiden berlaku ketika mereka ingin mendarat.

“Unbelievable. Insiden berlaku ketika kami ingin mendarat, adakah ini dibenarkan? Lelaki ini adalah penumpang dalam pesawat yang sama dengan saya,” ujarnya.

Jelas pengguna TikTok itu di ruang komen, sewaktu insiden tersebut berlaku lampu isyarat tali pinggang masih lagi menyala dan dia sempat mengambil telefon bimbit untuk merakam tindakan lelaki terbabit sebagai bukti.

Sebaik mengambil video dia kemudian menyalakan lampu untuk memanggil kru kabin untuk memaklumkan hal tersebut.

“Kru kabin datang dengan cepat ke arah saya dan meminta lelaki itu berhenti menyalakan api menggunakan alat tersebut. Kru kabin kemudiannya datang semula ke tempat duduk lelaki tersebut dan pesawat kemudiannya selamat mendarat.”

@you_canchangethislater Unbelievable ~ while e are about to land, is this ALLOWED? this chinese man was boarding in the same flight with me On #ThaiAirasia ♬ original sound – you_canchangethislater

Tidak tahu apa tindakan yang diambil sebaik pesawat mendarat

Katanya walau bagaimanapun tiada sebarang tindakan diambil sebaik perkara itu dilaporkan kepada anak kapal.

Perkara terbabit dijelaskannya selepas ada yang bertanya adakah dia membuat laporan kepada anak kapal selepas melihat insiden itu.

Di ruang kapsyen, dia turut memaklumkan insiden memaparkan tindakan bahaya lelaki tersebut berlaku pada 2 Jun lalu dan dipercayai di negara jiran.

image is not available

Ramai geram tindakan penumpang selamba nyalakan api dalam pesawat

Melihat di ruangan komen, ramai yang geram dan menyifatkan tindakan penumpang lelaki tersebut menyalakan api dalam pesawat sebagai satu perkara bahaya.

Malah ada yang mempersoalkan bagaimana penumpang berkenaan boleh membawa pemetik api di dalam pesawat.

Namun ada yang mengatakan alat pemetik api bukan barang larangan dan ia dibenarkan untuk dibawa ke dalam pesawat namun tidak boleh digunakan.

“Mengapa tiada siapa yang menghentikannya?”

image is not available

“Dengan oksigen yang ada di dalam pesawat, ia sangat bahaya”

image is not available

“Ini adalah perkara yang bahaya, Tolong buat laporan polis”

image is not available

“Pemetik api tidak dilarang untuk dibawa dalam kapal terbang”

image is not available