Cara Unik OKU Penglihatan Nikmati & ‘Lihat’ Keindahan Alam Dengan Buat Ramai Kagum [Video]

9 Jun 2025 • 3:00 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap manusia di dunia ini mempunyai cabaran dan ujian yang tersendiri. Ada yang diuji dengan masalah kewangan ada juga yang diuji dengan kehidupan.

Namun, itu semua bukan menjadi penghalang buat mereka dalam menikmati dan menjalani kehidupan seharian.

Malah, mereka yang mempunyai kekurangan khususnya dilihat kreatif dan menggunakan cara tersendiri dalam menjalani hari-hari mendatang.

Lelaki OKU Penglihatan Nikmati Kehidupan Dengan Rakam Bunyi Sekeliling Dalam Telefon

Baru-baru ini, tular di media sosial perbuatan seorang lelaki kurang upaya (OKU) penglihatan menikmati alam sekeliling dengan cara tersendiri.

Perkara itu dikongsikan oleh isteri lelaki tersebut yang dikenali sebagai Nadia di TikTok @mrranggapnnadia.

Kongsi Nadia, suaminya yang dikenali sebagai Razlan itu suka menaiki keretapi dan menikmati keindahan alam menerusi bunyi dan bau daripada kawasan sekeliling.

“Suami saya seorang OKU penglihatan. Dia suka naik train dan cara dia nikmati adalah dengan bunyi-bunyi, bau sekeliling, pergerakan train dan angin,” tulisnya pada video berkenaan.

Guna Teknologi Terkini Dengan Rakam Keadaan Sekeliling

Bukan itu sahaja, cara unik lain yang digunakan oleh Razlan dalam menikmati dan ‘melihat’ kehidupan adalah dengan menggunakan teknologi menerusi aplikasi Be My Eyes.

“Salah satu lagi cara dia nak ‘melihat’ alam sekeliling adalah menggunakan teknologi (telefon bimbit).

“Aplikasi Be My Eyes membantu suami untuk dapatkan maklumat visual melalui penerangan secara audio,” kongsi Nadia lagi.

Menerusi perkongsian itu, dapat dilihat Razlan sedang mendengar penerangan imej yang diambil menerusi audio ketika mereka sedang dalam perjalanan bercuti ke Thailand menaiki kereta api.

Lelaki OKU Penglihatan Rancang Sendiri Percutian Bersama Isteri

Jelas Nadia yang mendirikan rumah tangga bersama Razlan sejak tahun 2021, percutian mereka ke Thailand dirancang sendiri oleh suaminya itu. Dia sebagai isteri hanya mengikut sahaja rancangan suaminya itu.

“Semangat dia untuk explore dan curiosity dia yang tinggi tu buat saya respect dan kagum dengan dia. Moga Allah sentiasa lindungi you,” tulisnya lagi.

@mrranggapnnadia Saya edit video ini dengan perasaan sebak yang bangga 🥹🥹 Dia sangat berdikari orangnya. Explore dengan cara sendiri. Itinerary kami di Thailand, suami yang research dan rancang. Saya follow aja🥹 Thanks for everything sayang🌹 #mrranggapnnadia #raiseawarenessfortheblind #explorethailand #relationshipgoals #okupenglihatan ♬ original sound – Fadhilah Intan

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Kagum Lihat Semangat Lelaki OKU Penglihatan

Perkongsian yang telah mendapat lebih 329,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang kagum dan tersentuh melihat semangat lelaki OKU Penglihatan berkenaan dalam menjalani kehidupan seharian.

Apatah lagi, dia tidak menjadikan kekurangan sebagai alasan dan menggunakan cara tersendiri dalam menikmati kehidupan.

Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sendiri menjaga OKU dalam kehidupan mereka.

Tidak kurang ada segelintir pengguna media sosial yang mendoakan kesejahteraan serta kebahagiaan buat pasangan ini.

Aplikasi Be My Eyes Bantu OKU Penglihatan ‘Lihat’ Dunia Menerusi Penerangan Visual

Sekadar info, aplikasi Be My Eyes merupakan satu platform yang membantu dan memudahkan individu OKU penglihatan atau rabun ‘melihat’ dunia menerusi visual yang ditangkap oleh mereka.

Menariknya, penerangan secara percuma itu dilakukan oleh sukarelawan yang turut mendaftar menerusi aplikasi berkenaan.

Aplikasi Be My Eyes boleh dimuat turun menerusi Apple Store buat pengguna Apple dan Google Play Store bagi pengguna Android.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Saya Lelaki, Senyum & Sebak Bila Saya Tengok Dia Menoleh Dekat Akak Sambil Senyum”

image is not available

“Suami Akak Memang Hebat, Luar Biasa Orangnya! Moga Kekal Bahagia Sampai Tua”

image is not available

“Video Ini Buatkan Saya Terus Bersyukur Dengan Apa Allah SWT Beri Kepada Saya”

image is not available

“Allahuakbar, Dia Sangat Menikmati Hidup Dia Sebaiknya, Tanda Hamba Yang Bersyukur Walaupun Kekurangan”

image is not available

Source: