
Ramai Ingat Sekadar "Content", Lelaki Kongsi Pengalaman Pergi Kafe Wenjiang Girls
Kafe kini bukan sekadar tempat menikmati makanan dan minuman, malah sering menjadi lokasi pilihan untuk bersantai, mengambil gambar serta meluangkan masa bersama rakan-rakan.
Dengan konsep dekorasi menarik dan suasana yang unik, tidak hairanlah sesetengah kafe mampu menjadi tular di media sosial, apatah lagi jika hadir dengan tarikan tersendiri.
Lelaki kongsi pengalaman lawati kafe di Wenjiang
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Mr GG berkongsi pengalamannya melawat sebuah kafe di Wenjiang, Chengdu, China yang popular menerusi video lakonan lawak pelayan wanitanya di media sosial.

Kongsinya di Facebook, dia dan beberapa orang rakannya ke sana dengan menaiki motosikal. Setibanya di sana, mereka disambut oleh pekerja wanita yang terkenal di media sosial.
Baca juga:
Lelaki Jerman Kagum Dengan Malaysia, Tak Sangka Urusan Ini Selesai Dalam 2 Jam
Lelaki Jerman Puji Budaya Pemandu Malaysia Sebab Ni
"Tanggapan pertama kafe ni ada vibe yang sangat bagus," tulisnya.
Kehadiran mereka ke situ membuatkan ramai yang teruja kerana kebanyakan orang menganggap kafe tersebut hanya untuk tujuan penggambaran sahaja.

"Tapi sebenarnya kafe ni adalah satu kafe yang sangat cool," ujarnya lagi.
Tambahnya, kafe berkenaan kelihatan sangat cantik, dengan suasana yang sesuai untuk menenangkan diri, mengambil gambar serta meluangkan masa bersama rakan-rakan.
Pekerja di kafe tersebut bukan sahaja kelihatan bertenaga dalam video, malah turut menampilkan suasana ceria dan layanan yang sama ketika berdepan pengunjung.

“Nampak dalam kamera dah comel, rupa-rupanya bila tengok depan-depan, lagi comel,” kongsinya.
Selain itu, pekerja di kafe berkenaan juga disifatkan sangat peramah dan memberikan layanan yang cepat kepada pengunjung.
Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai menu yang disediakan di situ termasuk minuman, pencuci mulut dan snek ringan untuk dinikmati.

“Tapi saya tak nak kongsi banyak sangat, lebih baik kalau anda datang dan rasai sendiri pengalamannya.
“Lepas ni, kalau anda datang ke Chengdu, terutama di kawasan Wenjiang, anda boleh lawati tempat ini,” kongsinya lagi.
Sehingga kini, perkongsiannya itu mendapat lebih 300,000 tontonan di Facebook dan meraih pelbagai komen.
"Diorang normal ke hahahha," tanya seorang netizen.
"Steady la, suis kat kipas tu betul-betul ke wujud," tanya seorang lagi.
