
Ramai Kata Mirip 'Wolverine', Penampilan Lelaki Ini Bikin Netizen Geli Hati
Dalam dunia nyata, ada sahaja individu yang secara tidak sengaja mempunyai penampilan hampir sama dengan wajah-wajah yang biasa kita lihat di kaca televisyen atau layar perak.
Ada yang mirip selebriti, ada yang seakan-akan watak animasi, malah tidak kurang juga kelihatan seperti karakter ikonik dalam filem sehingga membuatkan orang ramai tertanya-tanya tentang persamaan tersebut.
Apabila persamaan itu melibatkan watak popular yang sudah cukup dikenali, penampilan seseorang pastinya lebih mudah mencuri perhatian, apatah lagi apabila hanya dengan sekali pandang sudah boleh membuatkan orang teringat kepada karakter berkenaan.
Lelaki mirip 'Wolverine'
Baru-baru ini, perkongsian seorang pengguna Threads, @causa_sibalaa, mencuri perhatian ramai selepas memuat naik gambarnya ketika pergi ke gereja sebelum pulang ke rumah.
Apa yang menarik perhatian, penampilan lelaki berkenaan dikatakan mempunyai persamaan dengan salah satu karakter popular Marvel daripada X-Men, iaitu Wolverine.
Dengan gaya rambut, jambang serta raut wajah yang kelihatan hampir serupa, perkongsian tersebut membuatkan ramai netizen tidak dapat menahan diri daripada menyamakan penampilannya dengan watak yang terkenal dengan karakter garang dan ikonik itu.
Lelaki Kongsi Momen Lucu, Dedah Gaji 'Lesap' Setiap Bulan
Bayi Kerap Tersedak Ketika Menyusu? Ini Punca Dan Cara Mengatasinya

Tidak hanya sekadar persamaan pada wajah, penampilan tersebut turut membuatkan ramai tertanya-tanya bagaimana seorang individu boleh kelihatan begitu dekat dengan karakter yang selama ini hanya dikenali melalui filem dan komik.
Rupa-rupanya, gambar tersebut bukanlah kali pertama penampilannya mencuri perhatian di Threads.
Sebelum ini, dia sendiri pernah mengajak warga Threads untuk ‘mengubah’ dirinya menjadi Wolverine menerusi suntingan gambar.
Permintaannya itu kemudian mendapat sambutan apabila beberapa pengguna tampil dengan hasil suntingan masing-masing, lengkap dengan penampilan ala Wolverine yang membuatkan persamaan tersebut semakin jelas.
Netizen 'approve' persaman wajahnya
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat perkongsian tersebut dan tidak dapat menafikan persamaan wajah lelaki berkenaan dengan karakter Wolverine yang dilakonkan oleh pelakon terkenal, Hugh Jackman.
Ada juga yang berseloroh dan bertanya tentang statusnya sebagai wolverine dan keberadaannya dalam filem Avengers Doomsday yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.



![Gelagat Kaum Lelaki Berkumpul Di Tepi Jalan Semata Nak Tengok Kren Angkat Lori Treler Terbalik Buat Ramai Geli Hati [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/motosikal-layan-kren-1.jpg?t=1785233297)


