Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini tular satu video memaparkan sebuah lori treler terbalik di kilometer29.60 di Lebuh Raya Shah Alam (KESAS). Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) susulan daripada insiden yang berlaku semua lorong dilokasi kejadian terpaksa ditutup bagi kerja-kerja pengalihan kenderaan.
Ia secara tidak langsung telah menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas dari Hicom menghala ke Bandar Puteri, lapor Kosmo. Dalam video tular, kelihatan treler itu terbalik selepas melalui selekoh.
View on Threads
Ramai kaum lelaki dilihat berkumpul lihat kren angkat lori terbalik
Namun disebalik kesesakan jalan, turut tular gelagat penunggang motosikal yang rata-ratanya adalah kaum lelaki berhenti di tepi jalan untuk menyaksikan kren mengangkat lori treler yang terbalik itu.
Menerusi video dikongsikan oleh Mohamad Nazmi di Threads, awalnya dia merakamkan beberapa buah motosikal yang sedang melalui laluan khas kenderaan tersebut.
Akan tetapi apabila kamera digerakkan ke kiri kelihatan ramai penunggang motosikal yang lain dilihat memberhentikan kenderaan mereka di bahu jalan.
Ramai penunggang motosikal fokus tengok kren angkat lori
Mereka yang berhenti dilihat begitu fokus melihat dua buah kren yang berada di lebuh raya itu untuk mengangkat lori treler yang terbalik di lorong kiri.
“Lelaki dia tak bercerita geng. Tahu-tahu parkir tepi jalan borak dengan brother sebelah sambil tengok kren buat kerja ,” kata Mohamad Nazmi.
View on Threads
Ramai terhibur lihat gelagat lelaki berkumpul tengok kren buat kerja
Video yang dikongsikan itu turut menuai perhatian netizen yang terhibur dengan gelagat sekumpulan lelaki yang berhenti untuk menyaksikan kren berkenaan.
Malah ada yang mengatakan sekiranya ditawarkan oleh pekerja kontraktor untuk membantu usaha mengangkat semula lori berkenaan pasti ramai yang sukarela mahu melakukannya meskipun tanpa gaji.
Tidak kurang ada segelintir yang berseloroh tidak dapat berhenti di kawasan tersebut untuk menyaksikan kren mengangkat treler berkenaan kerana teringat isteri ada berpesan barangan dapur maka terpaksa pulang dengan segera.
Ada juga yang berkongsi foto atau video lain yang menunjukkan alat jentera lain sedang digunakan untuk melakukan kerja lain seperti mengorek longkang dan banyak lagi.
Terdapat juga video yang dikongsikan oleh pengguna Threads lain memaparkan beberapa motosikal yang dipakir tepi jalan untuk menyaksikan kren tersebut.
View on Threads
Berikut adalah komen netizen:
“Boleh tahu kenapa ya suka tengok?”
![Image from: Gelagat Kaum Lelaki Berkumpul Di Tepi Jalan Semata Nak Tengok Kren Angkat Lori Treler Terbalik Buat Ramai Geli Hati [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/motosikal-layan-kren-1.jpg)
“Aku rasa bapak aku mesti ada dekat sini tengah join tengok”
![Image from: Gelagat Kaum Lelaki Berkumpul Di Tepi Jalan Semata Nak Tengok Kren Angkat Lori Treler Terbalik Buat Ramai Geli Hati [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/motosikal-layan-kren-2.jpg)
“Ni kira healing lepas balik kerja. Sebelum menghadap yang dekat rumah nanti”
![Image from: Gelagat Kaum Lelaki Berkumpul Di Tepi Jalan Semata Nak Tengok Kren Angkat Lori Treler Terbalik Buat Ramai Geli Hati [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/motosikal-layan-kren-3.jpg)

![[VIDEO] ‘Bukan ada konsert tapi ini ‘healing’ cara lelaki’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/07/WhatsApp-Image-2026-07-28-at-13.05.36-1024x766.jpeg)




