Ramai Kecam Cara Wanita Ini Sebut ‘Tealive’, Rupa-rupanya Ini Sebutan Yang Betul

Entertainment
3 Nov 2023 • 3:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau korang suka minum air manis korang mesti familiar dengan jenama minuman ‘boba’ terkenal di Malaysia, Tealive. Seperti yang kita tahu, menu popular di kedai tersebut adalah air yang berasaskan milk tea, smoothie dan lain-lain.

Baru-baru ini tular di media sosial, klip tangkap layar sesi live duet seorang lelaki dan wanita. Lelaki tersebut adalah host live manakala wanita itu adalah tetamunya.

@ayaabdul9402

Replying to @Zi_Red_Turtle founder pun sebut tealive . Dia bercakap mcm dy plk founder …Zirahjamal problem . Semua individu ada hak untuk boikot, tkde yg halang . Aku pun boikot apa yg aku mmpu tp diam jela , ke sbb public figure ? Nk tunjuk bukti boikot lh untuk raih view yg lma dh xnaik tu ? @Zirahjamal percakapan dan bahasa adalah lambang kita sbg wanita, nk boikot2, diam je , kno nk buat video ? Ckp kt abg tu knp berpihak kpd mcd shj?ke sbb nak raih view ? Ko pun sama .. nk raih view buat video psl MCD . Sbb dh lma kan sendu

♬ original sound – YaYaAbduL – YaYaAbduL

Sebut Tea-life ke Tea-leave?

Dalam video itu, wanita tersebut memberitahu cara yang betul untuk menyebut perkataan ‘Tealive’. Menurutnya, cara sebutan sebenar ‘Tealive’ adalah ‘Tea-leave’.

Sebutan dia ‘Tea-leave’ tau korang bukan ‘Tea-life’.

Lelaki itu dilihat terkejut dengan cara sebutan itu namun hanya bersetuju dengan wanita tersebut.

Oh ‘Tea-leave’ eh? Susah gak nak sebut. Biasanya ‘Tea-life’.

Walau bagaimanapun, wanita itu tetap menafikan cara sebutan Tealive adalah ‘Tea-life’.

Mat Saleh sebut ‘Tea-leave’. Orang Malaysia pun sebut ‘Tea-life’. Dia ‘Tea-leave’.

Agak-agak mana satu yang betul ye?

Founder reveal sebutan yang betul

Video itu telah disambung dengan satu bahagian video yang mana seorang YouTuber, Chris MJ telah menemu ramah founder Tealive itu sendiri iaitu Bryan Loo. Chris MJ bertanya kepada Bryan bagaimana cara sebutan Tealive yang betul.

It’s time to settle the whole debate. How do you pronounce T.E.A.L.I.V.E? – pengacara

‘Tea-life’ – Bryan Loo

Walau bagaimanapun, klip pendek temu ramah itu dimuat naik oleh Chris MJ di saluran YouTube miliknya pada tahun lepas.

Rata-rata netizen kagum dengan confident level yang dimiliki oleh wanita itu.

image is not available

image is not available

Ada juga netizen yang berbincang sesama mereka mengenai cara sebutan ‘Tealive’ yang betul mengikut Bahasa Inggeris.

image is not available

Min tak kisah sebut macam mana pun. Yang penting milk tea Tealive sedap sangat!

Sumber: TikTok

 

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.