
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap pengguna jalan raya sentiasa diingatkan untuk berhanti-hati ketika sedang memandu atau menunggang motosikal bagi mengelak berlakunya perkara yang tidak diingini seperti kemalangan jalan raya.
Pun begitu, masih ada segelintir individu yang sudah pun berhati-hati semasa memandu namun terlibat dengan kemalangan jalan raya disebabkan kecuaian orang lain.
Lebih teruk lagi apabila individu yang menyebabkan kemalangan itu tidak mahu mengakui kesalahannya, sebaliknya menyalahi individu lain pula.
Tular rider cuba salahkan individu lain atas kecuaiannya jadi punca kemalangan di Johor
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang penunggang motosikal yang menjadi punca satu kemalangan di Jalan Mutiara Rini, Johor telah bertindak menyalahkan individu lain.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook Zulqarnain Bahari, kemalangan melibatkan dua buah motosikal dan sebuah kereta itu berlaku kira-kira pukul 12.38 tengah hari pada Isnin lalu (5 Mei).
Menerusi rakaman dashcam, jelas kelihatan rider yang memakai baju berwarna hitam itu mencelah di antara dua kenderaan secara melulu menyebabkan sebuah lagi motosikal yang ditunggangi dua lelaki dari arah belakang tidak sempat mengelak.
Kedua-dua motosikal kemudiannya bergeser sebelum mangsa merempuh bahagian belakang kereta jenis Toyota Camry pula.
Rider salahkan penunggang lain pula konon bawa motosikal laju
Menerusi sebuah lagi video dipercayai diambil oleh pemandu Camry itu, kedengaran rider terbabit menyalahi mangsa kerana menunggang secara laju.
Dia seolah-olah ingin menutupi kesalahan dirinya sendiri yang memasuki laluan itu tanpa menoleh ke belakang atau melihat keadaan di sekeliling terlebih dahulu.
“Kita nak masuk sini, jalan sempit dia (mansga) laju. Laju sangat, jangan laju, saya baru cakap dalam hati ‘ini jangan ada orang masuk sudah’ pergh! masuk,” kata lelaki itu.
Mangsa terlibat kemalangan pula yang harus bayar ganti rugi atas kecuaian orang lain
Difahamkan, disebabkan lelaki itu cuba menutupi kesalahan dirinya, mangsa pula yang harus membayar ganti rugi atas kerosakan yang dialami Camry itu.
Susulan itu, Zulqarnain yang merupakan abang kepada salah seorang mangsa kemalangan yang menaiki motosikal telah meminta orang ramai untuk mencari lelaki tersebut.
“Assalamualaikum, sesiapa yang mengenali mamat baju hitam itu atau ternampak dia boleh hubungi saya. Atas kecuaian dia, adik saya jadi mangsa kecelakaan dan ganti rugi. Mohon kerjasama semua,” tulisnya di kapsyen.

Ramai kecam lelaki jadi punca kemalangan cuba ‘play victim’
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen pada hantaran berkenaan, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan lelaki itu yang seakan cuba ‘play victim’ untuk menutupi kesalahan dirinya sendiri.
Ramai yang berpendapat bahawa kemalangan yang berlaku itu adalah disebabkan kecuiannya yang menyelit ke laluan tengah berkenaan secara melulu tanpa menoleh ke kanan terlebih dahulu.
Kebanyakan netizen juga meminta abang mangsa untuk menuntut keadilan terhadap adiknya dengan membuat laporan polis dengan menggunakan bukti rakaman dashcam semasa kemalangan itu.




![Niat Asal Nak ‘Ajar’ Pemandu Salah Guna Lorong Kecemasan, Tindakan Dua Rider Ini Cetus Debat [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)
![“Culture Shock” – Pekerja Indonesia Terkejut Open House Aidilfitri Di Malaysia Lebih Sebulan [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)
