Tindakan Pemuda & Polis Trafik Berganding Bahu Tutup Lubang Tersembunyi Di Tengah Jalan Raih Pujian [Video]

LocalCars
7 May 2025 • 4:27 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap pengguna jalan raya sering kali dinasihatkan agar mematuhi peraturan dan sentiasa fokus kepada pemanduan.

Ia penting bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini seperti kemalangan jalan raya.

Kadangkala, bukan hanya sikap individu yang menjadi punca kejadian sebegitu namun faktor lain seperti keadaan jalan juga boleh menjadi penyebabnya.

Contohnya seperti jalan tidak rata atau berlubang yang boleh menyebabkan pelbagai risiko seperti pemandu hilang kawalan dan kerosakan kenderaan. Lebih teruk, jika mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya.

Pemuda Jumpa Lubang Tersembunyi Di Jalan Raya, Nampak Kecil Tapi Sebenarnya Dalam & Boleh Bahayakan Pengguna

Semalam (6 Mei), tular di media sosial perbuatan baik seorang pemuda yang menutup lubang (pothole) ketika dia melalui sebuah jalan raya di Kuala Lumpur.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pemuda berkenaan di TikTok @driving4dummies, dia pada mulanya sedang menunggang motosikal melalui Jalan Conlay berhampiran Pusat Perubatan Prince Court.

Melalui perkongsian itu, pemuda yang dikenali sebagai Ammar menunjukkan lubang yang terdapat di laluan berkenaan.

Apa yang menjadi perhatian adalah lubang tersebut jika dilihat dari jauh nampak kecil dan tidak terlalu dalam.

Namun hakikatnya, ia agak dalam dan boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.

Prihatin dengan keadaan tersebut, Ammar dilihat terus mengambil gambar lubang terbabit.

Polis Trafik Kebetulan Lalui Jalan Tersebut, Terus Bertindak Pantas Halang Lubang Dengan Penghadang

Pada ketika itu, seorang anggota polis trafik secara kebetulan melalui kawasan tersebut dan melihat tindakan pemuda berkenaan.

Kedengaran anggota polis itu terus bertanyakan kepada Ammar tentang sebab di sebalik perbuatannya.

Mendengar jawapan Ammar, anggota polis berkenaan tanpa berfikir panjang terus menarik penghadang bagi mengelakkan pengguna jalan raya lain melanggar lubang berkenaan.

Jelas Ammar, situasi itu amat bermakna baginya apatah lagi dia dan anggota polis bersama-sama berganding bahu mahu memastikan keselamatan pengguna yang lain.

“Moment simple tapi bermakna bagi saya, rakyat dan polis sama-sama jaga keselamatan jalan raya. Love!” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Malah, Ammar turut membuat aduan kerosakan jalan tersebut menerusi aplikasi My Jalan KKR agar tindakan selanjutnya dapat dilakukan.

@driving4dummies

Tengah ride, ternampak lubang bahaya. Berhenti kejap nak ambil gambar, tiba tiba abang polis datang. Terus dia letak kon untuk alert pengguna lain supaya tak terlanggar hidden pothole tu. Moment simple tapi bermakna bagi saya, rakyat dan polis sama sama jaga keselamatan jalan raya. Loooove! ♥️

♬ Sailor Song – Gigi Perez

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Puji Sikap Prihatin Pemuda & Anggota Polis Bantu Tutup Lubang

Video yang telah mendapat hampir 330,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan prihatin kedua-dua individu terbabit dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Apatah lagi, pemuda berkenaan dilihat terus membuat aduan kepada pihak berkaitan agar jalan raya itu dapat diperbaiki.

Pada masa sama, ada juga warganet yang turut berkongsi pengalaman sendiri melalui jalan sebegitu rupa.

Cara Buat Aduan Jalan Rosak Di Kuala Lumpur

Sekadar info, jika anda melalui atau terjumpa jalan yang rosak di sekitar Kuala Lumpur, anda boleh membuat aduan melalui saluran seperti berikut:

  1. Jabatan Kerja Raya (JKR)

2. Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL)

  • WhatsApp Aduan Potholes DBKL di 011 62396652
  • Laman web aduan iSPAAA DBKL
  • Hotline DBKL di talian 1 800 88 3255
  • Sistem Pengaduan Awam DBKL
  • Aplikasi i-Tegur (KPKT)
  • Aduan bersemuka di Pejabat Cawangan DBKL

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Terima Kasih Abang & Anggota Polis Trafik Tu”

image is not available

“Baru Lalu Pagi Ini, Sangat-Sangat Dalam Lubangnya”

image is not available

“Inilah Yang Terbaik, Nampak & Lapor! Polis Trafik Pun Terbaik”

image is not available

“Bang, Saya Dah Hadap Lubang Ni Sampai Motor Rosak”

image is not available

“Lubang Itu Memang Perangkap Untuk Rider, Nasib Tak Baik Nyawa Melayang”

image is not available

Source: