
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui meminum arak adalah salah dalam Islam bahkan ia haram dan berdosa.
Walau bagaimanapun, negara ini tidak melarang individu bukan Islam untuk minum arak namun terdapat negeri yang menguatkuasakan larangan meminum arak di tempat awam bagi menghormati sensitiviti masyarakat.
Tular sekumpulan wanita minum arak secara beramai-ramai
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan sekumpulan wanita yang meneguk minuman berwarna putih yang didakwa alkohol sehingga meraih perhatian ramai.
Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Threads, awalnya kelihatan dua orang wanita sedang berdiri di sebuah meja sewaktu berada di sebuah rumah.
Tidak lama selepas itu salah seorang darinya telah bertindak menuang cecair dari dalam tin biru ke dalam sebuah cawan.
Satu tin air dipercayai dikongsikan beramai-ramai, siap kata ‘saja tunjuk’
Sebaik menuang air tersebut di dalam cawan, kelihatan air itu diberikan kepada rakan-rakan lain untuk dinikmati bersama.
Bahkan mereka turut berkongsi air yang dipercayai arak itu sesama mereka. Manakala pada video turut tertera tulisan ‘Saja (sengaja) tunjuk’.
Di akhir video itu perakam turut mengatakan sudah seminggu mengalami tidak sedap badan seperti selesema dan demam.
“Macam mana nak tahu Melayu tu minum arak? Dia sendiri bagitahu, awal-awal ingat air Spritzer, tengok-tengok air hmm,” kata pengguna Threads yang memuat naik video itu.



Tindakan kumpulan wanita minum arak dikecam
Melihat di ruangan komen video tersebut, ramai yang mengecam tindakan kumpulan wanita berkenaan kerana dengan selamba menunjukkan perbuatan minum alkohol di hadapan khalayak ramai.
Bahkan ada yang menyindir mereka kerana air berkenaan dikongsi secara beramai-ramai namun masih mahu dikongsikan di media sosial.
Ada juga menasihatkan orang ramai agar video memaparkan tindakan tidak wajar seperti itu tidak dipamerkan di media sosial.
Pun begitu tidak dapat dipastikan benarkah kumpulan wanita berkenaan berbangsa Melayu seperti yang didakwa pengguna Threads terbabit. Ini kerana, wajah orang Asia Tenggara termasuk bumiputera di Malaysia seperti Melayu, Sabah dan Sarawak sukar dibezakan.
“Minum pun kongsi, pastu mabuk macam minum bertin-tin.”

“Alahai itu je pun, beria nak tunjuk macam gampang.”

“Allah mintak jauh jangan lah post benda-benda macam ni malu.”

“Air teh kan ni?”



