Ramai Kritik Rupa & Konsep Pavilion Negeri Sembilan Di MAHA 2026, Ini Respon Exco N9

LocalPolitics
7 Sep 2026 • 10:18 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 yang dianjurkan pada 28 Ogos hingga 6 September lalu telah mendapat sambutan ramai dengan rekod kehadiran seramai 4.3 juta pengunjung.

Bagaimananapun, Pavilion Negeri Sembilan iaitu ruang pameran khas bagi negeri tersebut telah mendapat kritikan ramai di platform media sosial kerana hiasan dan dekorasi yang dikatakan ‘menyedihkan’ dan tidak meriah seperti negeri-negeri lain.

View on Threads

Kerajaan Negeri Terima Setiap Teguran, Pandangan & Komen Orang Ramai

Susulan aduan tersebut, Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan Datuk Razali Abu Samah memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri menerima setiap pandangan, teguran dan komen orang ramai mengenai Pavilion Negeri Sembilan dan mengambilnya sebagai langkah penambahbaikan bagi program MAHA akan datang.

“Saya melihat perkara ini bukan sekadar soal sebuah pavilion, ia lebih besar daripada itu. Ia berkaitan bagaimana kita membawa wajah, identiti dan potensi Negeri Sembilan kepada pengunjung dari seluruh negara,” katanya.

Pavilion N9 Di MAHA Guna Peruntukan Di Bawah Pentadbiran Lama & Disempurnakan Kerajaan Negeri Baharu – Razali

Jelasnya, Pavilion Negeri Sembilan di MAHA itu merupakan projek yang telah diperuntukkan melalui Belanjawan Negeri Sembilan 2025, diluluskan dan dimulakan di bawah pentadbiran sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) 2026.

Manakala proses pembinaan dan penyempurnaannya pula berlangsung sehingga tahun 2026 dan disiapkan di bawah pentadbiran baharu.

“Projek ini juga bukan merupakan projek di bawah portfolio Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan. Pavilion tersebut disiapkan dalam tempoh lapan bulan dengan kos hampir RM3 juta dan telah digunakan semasa MAHA 2026.

“Hari ini, ia merupakan sebahagian daripada aset Negeri Sembilan. Justeru, bagi saya, perkara yang lebih penting sekarang bukan sekadar melihat apa yang telah berlaku, tetapi bagaimana aset yang telah dibangunkan ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dan memberikan impak yang maksimum kepada rakyat serta negeri,” kata Razali.

View on Threads

Kerajaan Negeri Mahu Orang Ramai Kenal Makanan Warisan Negeri, Budaya & Adat Perpatih Apabila Masuk Ke Pavilion N9

Razali dalam hantaran sama berkata bahawa pihaknya akan meneliti semula konsep, reka bentuk, persembahan, kandungan, pengalaman pengunjung serta cara untuk mengetengahkan identiti Negeri Sembilan.

“Kita mahu apabila seseorang melangkah masuk ke Pavilion Negeri Sembilan, mereka bukan sekadar melihat produk, tetapi merasai Negeri Sembilan. Mengenali makanan kita, usahawan kita, budaya kita, Adat Perpatih, warisan, produk tempatan dan destinasi pelancongan yang kita ada,” tambahnya.

“Apa Yang Masih Kurang, Kita Perbaiki” – Razali

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat itu sekali lagi menegaskan bahawa Kerajaan Negeri tidak memandang ringan perkara ini selain akan memanfaatkan setiap pandangan sebaik mungkin.

“Apa yang masih kurang, kita perbaiki. Apa yang mempunyai potensi, kita tambah nilainya. Kita tidak perlu terus melihat ke belakang.”

“Sedih Dapat Malu Pun Dapat” – Vendor Di Booth Pavilion Negeri Sembilan

Sebelum ini, ada netizen mendakwa ramai pengunjung tidak singgah melawat ke Pavilion Negeri Sembilan kerana rupanya yang tidak begitu gah seperti pavilion negeri lain. Ia sekaligus memberi impak kepada booth-booth dan usahawan yang berniaga di sana.

“Apalah nasib kami vendor di Pavilion Negeri Sembilan ni, sedih dapat malu pun dapat. Kepada rakyat Negeri Sembilan atau pengunjung Pavilion Negeri Sembilan kami mohon maklum balas serta pengalaman anda di ruang komen,” luah seorang peniaga.

View on Threads

Ada yang berpendapat bahawa MAHA 2026 ini adalah peluang baik bagi mengetengahkan makanan Negeri Sembilan yang lazat. Bukan itu sahaja, ada yang mencadangkan agar pintu gerbang pavilion itu menggunakan konsep Minangkabau bagi mendapatkan perhatian ramai.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved