“Ramai Lelaki Nak Cik B” – ‘Dikenen’ Dengan Ammar Ahyan, DS Vida Serah Urusan Jodoh Pada Anak

EntertainmentLifestyle
23 Jul 2025 • 4:16 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida, memuji sikap Ammar Ahyan, anak kepada Datuk Seri Aliff Syukri, yang disifatkannya sebagai seorang remaja matang dan bertanggungjawab, terutamanya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai abang kepada adik-adiknya.

Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 54, berkata dia tertarik dengan disiplin Ammar yang menjaga waktu solat, mencerminkan keperibadiannya yang berpegang pada nilai agama.

Menurut Vida, beliau pernah melihat sendiri Ammar menghentikan makanannya sebaik sahaja mendengar azan, lalu terus menunaikan solat sebelum menyambung kembali makan. Sikap itu menunjukkan keutamaan yang diberikan Ammar terhadap kewajipan agama, sesuatu yang jarang dilihat dalam kalangan remaja hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Dalam pada itu, Vida turut mengulas mengenai desas-desus yang cuba menjodohkan anak perempuannya, Cik B, dengan Ammar. Jelasnya,

Netizen cuba jodohkan Cik B dengan Ammar, tapi saya rasa biarlah mereka sendiri tentukan haluan masing-masing. Buat masa sekarang, Cik B memang belum terbuka hati nak suka sesiapa pun. Tapi memang ramai lelaki yang rapat dengannya. Cuma dia memang jenis yang susah nak suka orang.

Baginya, urusan jodoh Cik B biarlah ditentukan oleh anaknya sendiri.

image is not available 2025-07-16 15:16:14

"Anak Sendiri Keduniaan,Tomboi, Kejar Content.." - Netizen Dakwa Hanya Konten Ziarah Arwah Nurly, DS Vida Mohon Doa Buat Cik B