“Ramai Malaysian Beli Luxury Bag Kat Luar Sebab Murah, Bila Singaporean Beli ‘Grocery’ Dekat Malaysia Sebab Murah Kenapa Kecam?” – Rakyat Singapura

30 Sep 2025 • 4:34 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui platform media sosial, topik mengenai rakyat Singapura sering datang ke Malaysia untuk mendapatkan minyak serta membeli barang dengan harga jauh lebih rendah hangat sedang hangat diperkatakan.

Rakyat Singapura ‘tak puas hati’

Susulan itu, salah seorang rakyat Singapura tampil bersuara dengan mempersoalkan kenapa mereka tidak boleh menikmati barangan murah di negara Malaysia, sedangkan rakyat Malaysia sering berbelanja di luar negara tanpa dikecam.

Guys, ramai org malaysian beli luxury bag kat London sebab murah, semua ok je. Tapi bila we Singaporeans beli barang dapur kat Malaysia sebab murah, kenapa kita kene kecam eh?

image is not available

Individu itu menegaskan dirinya menyayangi Malaysia dan sangat menghormati satu sama lain, kerana itu dia berharap agar satu hari akan mendapat kata sepakat di antara dua negara ini.

“Tak adil bezakan..”

Disebabkan memuat naik hantaran tersebut di platform Threads, ramai netizen Malaysia menghujani ruangan komen posting tersebut.

image is not available

Rata-rata warga tempatan merasakan perbandingan yang dibuat oleh individu berkenaan sama sekali tidak adil kerana barangan mewah bukanlah subsidi, sementara barang dapur dan minyak kita pula mempunyai insentif yang sepatutnya hanya rakyat Malaysia saja boleh nikmatinya kerana sudah membayar cukai.

image is not available 2025-09-23 15:21:56

"Syukur Jadi Rakyat Malaysia” – Harga Petrol RM1.99 vs Negara Lain Buat Ramai Terkejut