“Yang Beri Nasihat Ikhlas, Terima Kasih..” – Linda Rafar Pilih Maafkan Individu-Individu Berkata Buruk Tentang Dirinya

EntertainmentLifestyle
26 Sep 2025 • 6:23 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Boleh dikatakan selepas imej sewaktu melakukan persembahan di konsert Elite, baru-baru ini, jadi tumpuan, nama Linda Rafar merupakan topik hangat yang diperkatakan oleh warganet.

Linda Rafar maafkan sesiapa berkata buruk

Sebelum ini pernah meluahkan bahawa dia tidak akan memaafkan individu-individu yang mengecamnya tetapi terbaru, Linda ada memuat naik satu hantaran di Threads memilih untuk memaafkan semua pihak yang pernah berkata buruk kepadanya.

Di hari yang mulia ini, saya Linda Rafar dengan rasa rendah hati akan memaafkan sesiapa sahaja yang berkata-kata buruk terhadap diri saya.

 

View on Threads

 

Dalam pada itu, penyanyi berkenaan turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang memberi nasihat dan mengambil berat tentang dirinya.

Tindakan yang matang, dipuji netizen

Yang memberi nasihat ikhlas, saya ucapkan jutaan terima kasih kerana masih sayangkan Linda.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat tindakan Linda mengeluarkan kenyataan sedemikian sememangnya sangat matang.

image is not available

image is not available 2025-09-25 20:30:05

Linda Rafar Balas Komen Netizen Isu Pakai Seksi Jadi Tumpuan - "Tak Sangka Dia 'Reply' Macam Tu"