Soalan MPT4 Bahasa Inggeris Boleh Dipelbagaikan, Kekal Format Dan Konstruk - Lembaga Peperiksaan

7 Oct 2026 • 12:23 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Soalan MPT4 Bahasa Inggeris Boleh Dipelbagaikan, Kekal Format Dan Konstruk - Lembaga Peperiksaan

Lembaga Peperiksaan Malaysia menjelaskan soalan penulisan yang memaparkan grafik berbentuk mesej bagi kertas Matrik Pembelajaran Tahun 4 (MPT4) Bahasa Inggeris digunakan sebagai stimulus visual bersama maklumat tambahan untuk membantu murid memahami tugasan serta memberikan respons jawapan.

Menurut Lembaga Peperiksaan dalam satu hantaran menerusi laman Threads, penyediaan stimulus berkenaan mengambil kira maklum balas guru yang diperoleh melalui uji lari instrumen.

Katanya, stimulus itu juga bertujuan membimbing murid menghasilkan penulisan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman pembelajaran sedia ada.

“Buku Format Pentaksiran dan Contoh Item memberikan gambaran berkaitan format, konstruk dan kaedah penyoalan bagi MPT4.

“Contoh item yang dikemukakan dalam buku berkenaan bukanlah bentuk tetap yang akan digunakan dalam instrumen sebenar.

“Kaedah penyoalan boleh dipelbagaikan selagi mengekalkan format, konstruk dan tahap pentaksiran yang telah ditetapkan,” katanya hari ini.

Terdahulu, timbul persoalan daripada pelbagai pihak mengenai soalan karangan berbentuk mesej bagi subjek Bahasa Inggeris yang didakwa berbeza daripada contoh format soalan yang diberikan Lembaga Peperiksaan Malaysia sebelum ini.

Baca juga:

Menurut beberapa guru Bahasa Inggeris yang turut meluahkan ketidakpuasan hati, contoh format soalan yang diajar sebelum ini berbentuk grafik bergambar dan bukannya format mesej seperti yang dipaparkan dalam soalan berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved