Ramai Mengadu Hampir Kemalangan Kerana Jalan Berlubang Berdekatan TBS, Minta Pihak Berkuasa Ambil Tindakan [Video]

9 Oct 2026 • 12:37 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tak dinafikan keadaan jalan raya yang tidak diselenggara atau dibaiki boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan.

Malah lebih menakutkan perkara seperti ini juga boleh menyebabkan kemalangan maut selain kerosakan pada kenderaan.

Jalan berlubang berdekatan dengan TBS, turut kelihatan simen penyambung jalan

Baru-baru ini seorang pengguna di Threads, telah meminta pihak berkuasa seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengambil tindakan ke atas sebuah jalan raya yang didapati berlubang berdekatan Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan, Cheras.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Faresya Ivana, kelihatan tar pada bahagian jalan tersebut sudah tertanggal sehingga ia menjadi berlubang dan menampakkan besi serta simen penyambung jalan di bawahnya.

Malah saiz lubang pada jalan tersebut turut lihat besar dan memanjang yang semestinya bahaya jika dilalui oleh kenderaan kecil khususnya motosikal.

Minta pihak berkuasa ambil tindakan kerana jalan sudah teruk, tayar kereta pernah masuk lubang

“Tolonglah pihak yang bertanggungjawab ambil tindakan untuk jalan dari arah TBS ke Cheras ni. Jalan dah teruk sangat lah, banyak lubang dan jalan tidak sekata.

“Tayar kereta saya sendiri pernah masuk dalam lubang dekat sini, terlalu dalam. Sekarang nampak pula penyambung jalan ni macam dah longgar dan boleh tercabut pada bila-bila masa.

“Ini sebenarnya sangat berbahaya untuk pengguna jalan raya. Jangan tunggu sampai berlaku kemalangan baru nak ambil tindakan. Tolong periksa dan baiki dengan segera,” katanya.

View on Threads

Ramai kongsi pernah hampir terjatuh di tempat sama

Melihat di ruangan komen, seorang pengguna wanita turut memaklumkan suaminya hampir terjatuh di jalan berkenaan.

Malah ada juga beberapa pengguna turut memaklumkan mereka juga hampir terjatuh sewaktu melalui jalan yang sama selain meminta orang ramai untuk memperlahankan kenderaan.

Terdapat juga seorang pengguna yang meminta orang ramai untuk membuat laporan secara terus ke laman sesawang Jabatan Kerja Raya (JKR).

View on Threads

“Naik motor menyumpah tau sebab hampir jatuh”

Image from: Ramai Mengadu Hampir Kemalangan Kerana Jalan Berlubang Berdekatan TBS, Minta Pihak Berkuasa Ambil Tindakan [Video]

“Semua jalan berdekatan jambatan TBS sangat teruk”

Image from: Ramai Mengadu Hampir Kemalangan Kerana Jalan Berlubang Berdekatan TBS, Minta Pihak Berkuasa Ambil Tindakan [Video]

“Lubang ni rasanya dah lama macam ni dari tak kawin sampai sekarang dah ada anak masih berlubang. Tolong lah sesiapa yang ada lalu dekat sini jangan laju, dah bagi hint slow awal-awal, masih nak cucuk-cucuk”

Image from: Ramai Mengadu Hampir Kemalangan Kerana Jalan Berlubang Berdekatan TBS, Minta Pihak Berkuasa Ambil Tindakan [Video]

“Pernah lalu jalan ni dan ayar masuk ke dalam lubang ni, rasanya beberapa minggu lalu, memang dalam. Ingatkan dah tampal”

Image from: Ramai Mengadu Hampir Kemalangan Kerana Jalan Berlubang Berdekatan TBS, Minta Pihak Berkuasa Ambil Tindakan [Video]
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved