Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap kali hujan lebat khususnya di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, risiko banjir kilat pasti akan berlaku.
Keadaan ini menyebabkan sesetengah jalan raya tidak dapat dilalui oleh kenderaan malah ia juga berbahaya kepada orang lain dek kerana paras air yang semakin meningkat.
Dua Wanita Melintas Jalan Ketika Banjir
Semalam (9 September), tular di media sosial aksi dua orang wanita yang berani melintas jalan ketika banjir di Jalan Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Perkara itu dirakam dan dikongsikan oleh seorang lelaki, Fauzee Nasir dalam satu hantaran di Threads di Threads @fauzeenasir.
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan dua orang wanita terbabit sambil memegang payung melintas jalan raya yang dipenuhi air manakala kenderaan lain berhenti disebabkan banjir berkenaan.
Pada mulanya, air banjir tersebut ketika itu dilihat hanyalah berada pada paras buku lali mereka.
Namun, semakin mereka bergerak ke hadapan, paras air tersebut naik sehingga mencecah lutut kedua-dua individu berkenaan.
Dua Wanita Nyaris Masuk Longkang Besar, Pemilik Video Sempat Tegur Minta Guna Laluan Lain
Menyedari bahaya yang bakal tiba, Fauzee yang kebetulan berada di dalam kereta bertindak menegur kedua-dua wanita terbabit dan meminta mereka untuk menggunakan laluan lain serta tangga yang berhampiran.
“Pusing sana, sana. Situ tangga,” katanya.
Menerusi video sama, Fauzee turut berkongsi punca dia menegur kedua-dua wanita terbabit ketika mereka mahu terus menggunakan laluan sama.
Rupanya terdapat longkang monsun (monsoon drain) berada di laluan tersebut yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar apatah lagi air banjir memenuhi longkang berkenaan.
Malah, Fauzee turut menunjukkan keadaan sebenar kawasan terbabit setelah banjir surut pada jam 6.22 petang berbanding situasi banjir pada jam 3.24 petang.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat kedalaman sebenar longkang monsun terbabit yang sememangnya berbahaya kepada orang ramai.
“Semasa dan selepas hujan, tengok video sampai habis. Akak oi kau tengok moonson drain (longkang monsun) tu besar mana wei. Silap-silap langkah kau sampai Sungai Klang wei,” tulisnya di ruang kapsyen.
Kongsi Fauzee menerusi ruangan komen, dia sudah biasa melalui jalan tersebut dan secara kebetulan berada di tepi jalan untuk melihat keadaan air banjir pada ketika itu.
View on Threads
Ramai Puji Lelaki Tegur Dua Wanita Dari Masuk Longkang Monsun
Perkongsian yang telah mendapat lebih 108,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan Fauzee yang pantas menegur kedua-dua wanita berkenaan sekaligus mengelakkan dari berlakunya perkara yang tidak diingini.
Malah, ada warganet sendiri yang tidak menyangka terdapat longkang besar di sebalik air banjir berkenaan.
Ini antara komen pengguna Threads:
“Allahu, Semua Dengan Izin Allah Gerakkan Hati Abang Selamatkan 2 Nyawa”
![Image from: Teguran Lelaki Selamatkan 2 Wanita Dari Termasuk Longkang Monsun Ketika Banjir Raih Pujian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/wanita-lintas-jalan-ketika-banjir_netizen_1.jpg)
“Wah Ini Perenang Olimpik Pun Boleh Jatuh Kalau Tak Tahu, Terima Kasih Brother Selamatkan Akak Ni”
![Image from: Teguran Lelaki Selamatkan 2 Wanita Dari Termasuk Longkang Monsun Ketika Banjir Raih Pujian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/wanita-lintas-jalan-ketika-banjir_netizen_2.jpg)
“Ya Allah Memang Tak Nampak Macam Ada Longkang Pun Situ, Alhamdulillah Allah Selamatkan”
![Image from: Teguran Lelaki Selamatkan 2 Wanita Dari Termasuk Longkang Monsun Ketika Banjir Raih Pujian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/wanita-lintas-jalan-ketika-banjir_netizen_3.jpg)
Ya Allah Thank You Bang Bagi Awareness, Masing-Masing Boleh Beringat Lepas Ni, Aku Pun Tak Terfikir”
![Image from: Teguran Lelaki Selamatkan 2 Wanita Dari Termasuk Longkang Monsun Ketika Banjir Raih Pujian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/wanita-lintas-jalan-ketika-banjir_netizen_4.jpg)
“Awareness Untuk Orang Yang Tak Peka Bab Ni, Saya Mula-Mula Tak Baca Caption, Bila Tengok Hujung Video, Pergh Longkang Besar Weh”
![Image from: Teguran Lelaki Selamatkan 2 Wanita Dari Termasuk Longkang Monsun Ketika Banjir Raih Pujian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/wanita-lintas-jalan-ketika-banjir_netizen_5.jpg)
Baca Artikel Berkaitan: Air Belum Surut, Bomba Terkejut Kanak-kanak Bawah 2 Tahun Main Banjir Tanpa Pengawasan Ibu Ayah [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tular Pelajar Redah Banjir Demi Jawab Peperiksaan SPM, Ini Rupanya Kisah Sebenar [Video]




![[VIDEO] Anak saya diliwat lebih lima pelajar tahfiz](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-09-at-13.43.39-1024x682.jpeg)

