[VIDEO] ‘Segera ambil tindakan, takut esok lusa jalan terbelah dua’

LocalCars
9 Oct 2026 • 9:54 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Segera ambil tindakan, takut esok lusa jalan terbelah dua’

PETALING JAYA – Pihak bertanggungjawab digesa segera mengambil tindakan membaiki keadaan jalan dari arah Terminal Bersepadu Selatan menghala ke Cheras yang didakwa mengalami kerosakan teruk sehingga membahayakan pengguna jalan raya.

Keadaan jalan yang berlubang dan tidak rata, selain terdapat rekahan panjang pada permukaan tar serta bahagian penyambung jalan yang kelihatan terdedah, menimbulkan kebimbangan pengguna terhadap risiko kemalangan sekiranya tidak dibaiki segera.

Menerusi perkongsian di Threads, pengguna dikenali sebagai @Faresya_ivana mendakwa keadaan jalan tersebut semakin membimbangkan apabila terdapat lubang yang dalam sehingga menyebabkan tayar keretanya pernah terjerlus ketika melalui laluan berkenaan.

Pengguna itu turut memuat naik gambar dan video, menunjukkan rekahan memanjang pada permukaan jalan dengan bahagian tepinya kelihatan pecah.

“Sekarang nampak pula penyambung jalan ini macam dah longgar dan boleh tercabut bila-bila masa. Ini sebenarnya berbahaya untuk pengguna jalan raya.

“Jangan tunggu sampai ada kemalangan baru nak ambil tindakan. Tolong periksa dan baiki segera,” katanya.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian pengguna lain yang mendakwa pernah berdepan situasi berbahaya ketika melalui jalan berkenaan, termasuk hampir terjatuh dari motosikal.

Pengguna Threads @Syazana.norshah berkata, suaminya hampir terjatuh ketika melalui laluan tersebut sebelum ini.

“Suami saya hampir tergolek hari itu ketika melalui jalan ini. Bahaya betul,” katanya.

Seorang lagi pengguna @Johnart_j turut berkongsi pengalaman tayar kenderaannya terjerlus ke dalam lubang di laluan berkenaan beberapa minggu lalu.

Katanya, dia menyangka kerosakan itu sudah ditampal, namun keadaan tersebut masih menimbulkan kebimbangan.

Sementara itu, pengguna @Sa1mannnn berkata, keadaan jalan berkenaan berbahaya buat penunggang motosikal sehingga menyebabkan mereka terpaksa berdepan risiko terjatuh.

“Naik motosikal menyumpah tahu sebab hampir jatuh,” katanya.

Bagi pengguna dikenali sebagai @Fatihrzqi pula, dia meluahkan kebimbangan kerosakan itu boleh menjadi semakin serius sekiranya terus dibiarkan, lebih-lebih lagi dengan kekerapan kenderaan menggunakan laluan berkenaan.

“Kalau kerap kenderaan lalu, tak mustahil esok lusa boleh terbelah dua jalan raya ini. Selagi tak ada kemalangan hilang nyawa, memang tak ada tindakan segera,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

The post [VIDEO] ‘Segera ambil tindakan, takut esok lusa jalan terbelah dua’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved