
PENTAS Big Stage Rocketfuel tahun ini berjaya menambat hati penonton apabila peserta yang bertanding membuktikan kemampuan dan kualiti untuk menjadi seorang penyanyi.
Namun, Diva tak nafikan Big Stage tahun ini menjadi bualan hangat juga disebabkan penyertaan Hussain yang diserap masuk selepas Talk To My Manager 2 (TTMM2) hasil undian peminat.
Memandangkan malam ini pentas akhir, ramai yang menyuarakan hasrat untuk melihat Hussan merangkul trofi juara bagi menebus kekalahan dalam TTMM2.
Berat betul beban Hussain tetapi jangan sesekali memandang sepi peserta lain seperti Ranisha dan Adam Nazmie yang sering memberi saingan hebat setiap minggu. Jangan hanyut dengan trending semata-mata tau.
Yad-Z, Danny dan Danial Kifli juga mungkin akan memberi kejutan yang boleh meriah markah tinggi daripada barisan juri tetap.
Kata netizen, pilihlah pemenang yang boleh ‘dijual’ selepas habis pertandingan. Banyak makna tersirat ya pesanan itu tetapi itulah realiti yang berlaku.
Apa sahaja keputusan, semuanya bergantung kepada persembahan enam peserta pada konsert final esok.
DIVA: Ramai tak sabar tunggu ‘comeback’ Elica Paujin.
The post Ramai pakat nak Hussain jadi juara Big Stage Rocketfuel appeared first on Kosmo Digital.






