Ramai nak ‘let go’ tiket F1, pengalaman hari pertama menginsafkan

3 Oct 2026 • 11:11 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ramai nak ‘let go’ tiket F1, pengalaman hari pertama menginsafkan

PETALING JAYA – Belum sempat bahang keterujaan menyaksikan Formula 1 (F1) kembali ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) reda, pengalaman hari pertama pengunjung semalam membuatkan sebahagian mereka mula mempertimbangkan untuk ‘let go’ atau menjual semula tiket.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, ramai meluahkan rungutan mengenai kesesakan lalu lintas, barisan panjang untuk menaiki bas pengantara serta kesukaran keluar dari kawasan litar selepas tamat perlumbaan.

Malah, ada penonton yang menyifatkan pengalaman tersebut sebagai amat memenatkan selepas terpaksa menunggu lebih empat jam untuk mendapatkan pengangkutan pulang.

Seorang pengguna media sosial mendakwa, dia meninggalkan SIC pada pukul 5.45 petang, namun hanya berjaya menaiki bas pada pukul 9 malam.

Kebanyakan daripada mereka juga menggambarkan keadaan di SIC sebagai ‘huru-hara’ dengan mendakwa pengunjung bertolak-tolakan dan berlari mengejar bas.

Keadaan itu menyebabkan sebahagian penonton yang pada awalnya teruja untuk menikmati pengalaman F1 secara langsung mula berkongsi rasa kecewa, termasuk menyatakan hasrat untuk melepaskan tiket bagi hari berikutnya.

“Hillstand (kawasan duduk terbuka) RM400 untuk Sabtu dan Ahad. Siapa cepat dia dapat. Alasan nak jual, taubat dengan sneakpeek (situasi seperti) padang mahsyar,” kata @Adiebsofian.

“Siapa nak merasa berjalan lebih 30 km (kilometer), berebut naik bas macam ‘zombie’, boleh DM (mesej) aku, serius nak jual untuk tiket hillstand (kawasan duduk terbuka) untuk hari ini dan esok. Memang tak sanggup dah redah lautan manusia. Tonton RTM jelah,” kata @Syafiq. – KOSMO! ONLINE

The post Ramai nak ‘let go’ tiket F1, pengalaman hari pertama menginsafkan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved